Searching...

Jihad Di Syria Lebih Utama Berbanding Di Palestin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pemimpin Kanan Hamas iaitu Aziz Salim Dweik berkata bahawa jihad di Syria untuk menjatuhkan pemerintahan rejim Basyar Assad adalah lebih utama buat umat Islam sekarang. Beliau menegaskan bahawa jihad menjatuhkan rejim Basyar Assad di Syria adalah lebih utama berbanding jihad di Palestin.

Beliau yang juga merupakan Speaker Perundangan Palestin mengatakan demikian berikutan krisis yang berlaku di Syria teramat dahsyat dan kejam. Oleh itu, rejim Basyar Assad dan sekutunya wajib dijatuhkan.

Dipetik daripada Akhbar Algeria 'Alshroog', bahawa Dweik berkata dalam satu temu bual dengan wartawan di kawasan Tebing Barat, "Saya fikir bahawa kewujudan rejim diktator, 'rejim Assad' akan menjadi lebih berbahaya daripada Kes Palestin." Selain itu, beliau berfikir bahawa untuk menghilangkan dan menyelesaikan kediktatoran Assad adalah langkah pertama untuk mencapai kemenangan Negara Palestin.

Beliau berkata lagi, "Kes Palestin masih di atas agenda Ulama-Ulama Islam, tetapi dalam kes pendarahan di Syria, dan akibat tekanan hebat ke atas umat Islam untuk menghentikan pertumpahan darah di Syria yang telah dilakukan oleh rejim Syria terhadap rakyat kita di Syria. Dan memberi penekanan utama dan tumpuan kepada usaha menghentikan pendarahan untuk selama beberapa dekad yang lalu di bawah pemerintahan rejim Syria yang tidak adil."

Aziz Salim Dweik menyatakan keyakinan beliau bahawa kejatuhan rejim Basyar Assad merupakan titik tolak kepada pembebasan Palestin daripada cengkaman Zionis.

Berikut adalah klip video berita untuk kenyataan di atas:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger