Searching...

Kata-kata Pemimpin FSA Kepada Al-Jazeera Ini Membuatkan Kita Insaf Sebentar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berkata pemimpin FSA, Abdul Basit kepada Al-Jazeera: "Amerika Syarikat menghalang kami daripada mendapat senjata dari mana-mana arah dan mereka mahu kami berlutut dengan kehendak mereka atau mati di bawah Basyar Assad. Mereka berpura-pura hendak membantu kami, namun setakat ini yang mereka beri hanyalah kata-kata kosong dan reputasi buruk. 

Padahal satu-satunya yang mereka fikirkan setakat ini adalah untuk menjaga dan mengawal keseimbangan dalam peperangan mereka agar dapat berterusan selama mana yang mungkin bagi melemahkan Syria dan pertahanannya dalam menghadapi Israel, barangkali sahaja akan terjadinya peperangan di masa depan terhadap kami.

Mereka menuduh kawan-kawan kami sebagai pemberontak (terrorist). Seperti Jabhat Al Nushra, yang merupakan saudara seaqidah dengan kami. 

Sementara itu, negara-negara besar sedang merancang agenda besar mereka di Syria, kami mencari dan meminta (merayu) satu peluru demi membela diri kami. Kami  juga bersedia menerima senjata dari mana-mana ceruk dunia baik Muslim mahupun non-Muslim. Akan tetapi, masa depan Syria akan dijadikan negara Islam dari aspek moden dan demokrasi oleh mereka.

Hanya rakyat Syria sahaja yang berhak memutuskan siapa yang akan memerintah kami, bukan agenda dari Barat mahupun Timur."


Situasi Peperangan Masa Depan Menurut Hadis Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Hampir datang satu masa (masa depan) di mana-mana bangsa-bangsa selain Islam bersatu padu dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya, "Adakah kerana kami pada masa itu sedikit?" Rasulullah S.A.W menjawab, "Tidak, bahkan kamu sangat banyak seperti buih di lautan. Ketika itu Allah S.W.T telah mencabut rasa takut dari hati kamu dan Allah telah memasukkan di dalam hati kamu penyakit wahan. Sahabat bertanya, "Apakah penyakit wahan itu?" Rasulullah menjawab, "Cinta dunia takut mati." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kata-kata Rasulullah S.A.W itu tadi berbunyi, "Hampir datang satu masa (masa depan) di mana-mana bangsa-bangsa selain Islam bersatu padu dari seluruh dunia akan datang mengerumuni 'kamu' bagaikan orang-orang yang hendak mengerumuni talam hidangan mereka." Bermaksud, tidak lama lagi mana-mana negara akan menyerang 'kamu' dari pelbagai arah, seperti pemangsa memakan mangsanya. Justeru, benarlah kata-kata Rasullullah S.A.W itu tadi.

Kita boleh ambil ikhtibar daripada hadis di atas memandangkan sekarang ini dah ada petanda bahawa hati kita ada perasaan sedemikian iaitu, "cinta dunia dan takut mati". Sama-sama kita berdoa kepada Allah S.W.T dan beristighfar sebanyak mungkin agar kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang cinta akan dunia seperti dalam hadis tersebut. Insya Allah.


Kemaskini Kedudukan Mujahidin.

Berikut adalah lakaran terkini (gambar) kedudukan mujahidin di setiap wilayah di Syria:



Wallahua'lam. Sumber dari Al-Jazeera.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger