Searching...

Kata-kata Seorang Gadis Syria Ini Membuatkan Gadis Melayu yang Lain Berasa Cemburu!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assad dan pasukan sekutunya mengebom terus kota-kota penduduk [Sunni] dan wilayah sekitarnya di Syria selama 24 jam tanpa henti. Setelah kota Homs dan Aleppo hancur tanpa sisa, sementara itu kota Al-Qusayr dan Baniyas juga telah dibantai habis, kini pasukan Syiah terus menyerang ke arah kota Damaskus dan sekitarnya. 

Damaskus adalah kota yang terkenal dengan penduduk-penduduknya yang mempelajari Al-Qur'an dan hadis yang digelar sebagai syurga bagi penuntut ilmu kerana ramainya terdapat para Ulama' di situ. Sekolah yang terdapat di Damaskus rata-ratanya percuma untuk rakyatnya menuntut pelbagai ilmu Islam. Di situ juga banyak terdapat masjid-masjid dan ramai penduduknya yang berpegang teguh pada ajaran Islam. 

Berikut adalah kisah yang menggambarkan kemuliaan akhlak penduduk Damaskus, ahlu Syam.

Semasa terdengar letupan di salah sebuah kawasan di Jobar, para pemuda bergegas-gegas menuju ke lokasi untuk melihat adakah terdapatnya nyawa penduduk yang mesti dibantu dengan segera. Mereka bergegas-gegas menuju ke bangunan-bangunan yang telah hancur rata sekali dengan tanah untuk melihat sama ada terdapatnya penduduk-penduduk yang tertimbun di dalam runtuhan bangunan-bangunan tersebut. Setakat ini, alhamdulillah seorang ayah berjaya diselamatkan. 

Ayah berteriak menangis dengan berkata, "Anak perempuan saya, selamatkan anak perempuan saya."

Dan apabila orang ramai membantunya menarik keluar dari runtuhan tersebut, hati seorang ayah itu masih lagi tertinggal di bawah runtuhan itu.

Suara-suara yang datang dari bawah tanah membuatkan orang ramai mengalihkan pandangan mereka ke bawah runtuhan itu. Mereka dengan segera menyelamatkan orang yang berada di bawah runtuhan tersebut.

Ternyata seorang gadis muda masih terperangkap di bawah runtuhan rumahnya itu selepas rumah mereka terkena bedilan serangan udara daripada tentera Assad.

Adakah anda tahu, perkataan apa yang pertama sekali diucapkan dari mulut gadis muda itu ketika orang ramai turun berkerumun untuk menyelamatkan beliau?

Inilah kata-kata pertama yang beliau ucapkan sebaik sahaja dia melihat cahaya, "Ayah, saudaraku, tolong hentikan (alihkan) kamera itu, saya tidak memakai tudung!"

Beliau adalah seorang gadis Syria yang tulen. Dengan jelas, dia berkelakuan seperti seorang muslimah sejati.

Jadi, itulah kata-kata seorang gadis muda sebaik sahaja beliau berjaya dibawa keluar daripada bedilan serangan udara tentera Assad sebentar tadi.

Apa yang anda fikirkan, Apa yang bermain di fikiran si gadis muda itu dan perkara yang beliau lebih pentingkan? Adakah gadis melayu yang lain tak berasa cemburu dengan akhlak gadis Syria tadi?

Meskipun dalam keadaan cedera dan lemas kerana tidak ada udara di bawah runtuhan tadi, namun beliau tetap mengingatkan orang ramai yang berada di sekelilingnya bahawa beliau belum mengenakan tudungnya. Sungguh beliau adalah contoh gadis muslimah Syria yang menunjukkan akhlak-akhlak Islam dan terpelihara maruahnya.

Ini hanya satu contoh kecil, bagaimana pula dengan akhlak-akhlak penduduk Syria yang lain. Dan seandainya muslim sedunia tahu, bagaimana rupa kemuliaan akhlak-akhlak penduduk Syria (Syam) ini, sungguh mereka tidak akan mahu kehilangan orang-orang yang mempunyai akhlak-akhlak tersebut dan ingin bersama-sama hidup bersaudara dalam satu komuniti. 

Sungguh benar sabda Nabi S.A.W yang bersabda tentang keberkatan yang menyinari di tanah Syria (Syam) ini, kerana keindahan akhlak penduduk Syria dan ketaatan mereka pada agama yang menyinari negara itu. 

Sekarang kita sedia maklum, kenapa orang-orang Kuffar dari kalangan Syiah mahu membunuh seluruh penduduk Syria [Sunni], kerana mereka takut sinar yang terpancar dari akhlak dan ketaatan penduduk Syria [Sunni] ini menunjukkan kebusukan ajaran Syiah yang sesat lagi menyesatkan. Wallahua'lam.

Berikut adalah URL link klip video bagi rakaman situasi di atas:

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger