Searching...

Keghairahan Untuk Memberi Sudah Tidak Dapat Nak Dibendung Lagi!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mengikut kajian, jarang sekali orang yang suka memberi terkena penyakit jiwa. Kenapa? Mereka itu adalah orang yang mempunyai fikiran, perasaan dan jiwa yang positif. Hanya orang yang bersikap positif sahaja boleh bersedia untuk memberi. Sebaliknya, orang yang bersikap negatif hanya berfikir untuk mendapatkan sesuatu daripada orang lain.

Kita sentiasa bersetuju bahawa orang yang memberi menduduki tingkat terbaik dalam kehidupan berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. Daripada Jabir Bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. (Riwayat al-Baihaqi, Muhammad Nasir al-Din, Sahih al-Jami' al-Shaghir wa Ziyadatihi, al-Maktab al-Islami, cetakan ketiga, Beirut, 1408H, no. 3289).

Salah satu cara untuk memiliki sikap positif ialah dengan membiasakan diri memberi kepada orang lain. Mungkin ada yang bertanya, "hendak beri apa?" Ingat, adalah silap kalau kita beranggapan bahawa kita hanya boleh memberi sekiranya kita memiliki sumber yang banyak.

"Kemampuan memberi tidak bergantung kepada faktor fizikal atau material, sebaliknya ia adalah soal sikap, soal dalaman, dan soal hati."

Dalam pengalaman hidup, sering kita temui orang miskin yang pemurah, Malah kadang-kadang sikap pemurahnya mengatasi orang-orang kaya. Aisyah menceritakan kisah yang menggambarkan sifat pemurah seorang ibu yang miskin sehingga sanggup memberikan makanan yang hendak dimakannya kepada anak-anaknya yang sedang lapar:

Ada seorang wanita yang miskin telah datang kepadaku dan membawa dua orang anak perempuannya bersama, maka aku memberikannya makan dengan tiga biji kurma, dan dia memberikan sebiji kurma kepada setiap anaknya dan ketika dia mengangkat sebiji kurma untuk memakannya, dua orang anaknya meminta makanan lagi. Wanita itu membahagikan kurmanya itu kepada dua bahagian untuk kedua-dua anaknya. Aku sangat kagum dengan apa yang berlaku. Dan aku menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah: "Allah telah mewajibkan baginya syurga atau membebaskannya dari api neraka." (Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-Arabi, jil. 4, hlm. 2027, no. 2630).

Untuk yang beranggapan tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada orang lain, maka ambillah peringatan daripada sabda Rasulullah S.A.W ini. Daripada Adiy Bin Hatim bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Hindarkanlah diri kalian daripada api neraka (dengan bersedekah) walaupun  dengan hanya sebelah buah kurma, sekiranya tiada maka sedekahlah dengan kata-katamu yang baik." (Riwayat al-Bukhari, al-Jami' al-Sahih al-Mukhtasar, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 2, hlm. 512, no. 1347).


Maka dengan itu, kesimpulan yang dapat kita ambil daripada sikap keghairahan untuk memberi ini ialah sikap memberi bukan ditentukan oleh kaya hartanya tetapi kaya jiwanya. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger