Searching...

Kejayaan Islam Dalam Mengubah Sikap Telah Terbukti Dapat Menguasai Tiga Suku Dunia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dengan memilih Islam, kita sebenarnya telah memilih satu kaedah yang telah terbukti berjaya mengubah sikap manusia. Ini bukan lagi andaian ataupun teori, tetapi ini adalah satu fakta dan realiti. Bukti sejarah telah menunjukkan bahawa Islam telah mengubah sikap seorang individu yang ganas dan bengis seperti Umar al-Khattab semasa zaman jahiliah, menjadi seorang hamba Allah dan khalifah yang sangat adil semasa ianya memerintah.

"Setelah memeluk Islam, beliau bukan sahaja mengasihi anaknya sendiri dan anak-anak yatim serta anak-anak miskin, malah turut juga menjaga kebajikan anak-anak kambing."

Saiyidina Umar pernah berkata, "Jika seekor anak kambing mati di tepi Sungai Dajlah, maka aku takut nanti aku akan ditanya oleh Allah S.W.T mengenai kebajikan aku terhadap anak kambing itu." Oleh kerana itu, Umar memerintah para pengawalnya agar memperbetulkan jalan-jalan di lereng-lereng bukit, agar anak kambing yang melalui jalan-jalan itu tidak jatuh tergelincir.

Itu baru secara individu, manakala secara kelompok pula, Islam telah berjaya mengubah sikap orang Arab jahiliah daripada satu bangsa yang "haprak" dan pernah digelar, "belalang padang pasir" oleh Rom dan Parsi (kerana tidak ada nilai ekonomi dan politik untuk dijajah) kepada satu bangsa yang baik dan akhirnya menjadi pembina empayar yang pernah menguasai tiga suku (3/4) dunia dalam masa yang relatif singkat (lebih kurang 30 tahun sahaja).

P/S: Perubahan inilah yang disebut oleh Prof. Dr. Hamka sebagai, "satu revolusi jiwa" yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan dan ketamadunan. Sejarah kemanusiaan terbukti telah melahirkan tokoh-tokoh pemimpin Islam tersohor seperti Umar al-Khattab, Umar Abd Aziz, Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, dan Hassan Al-Banna. Manakala bagi sejarah ketamadunan pula telah terbinanya tamadun Islam yang gemilang seperti zaman Khulafa' Ar-Rasyidin (zaman para sahabat), zaman Taabi'in (Bani 'Umaiyah), zaman Taabi' Taabi'in (Bani 'Abasiyah), dan yang terakhir zaman kerajaan Turki Uthmaniyah. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger