Searching...

[KEMASKINI] Penjelasan Secara Terperinci Mengenai Kemunculan Bara Api Di Yaman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berita kemunculan bara api di negeri Yaman bertarikh 7 Jun 2013 yang lepas sedang hangat diperkatakan. Betul ke kiamat dah nak dekat? Begitulah persoalan saya tentang peristiwa sekarang ini yang sedang berlaku di negeri Yaman. Buktinya, secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu blok (prop) di Yaman. Hal ini mengundang banyak rasa takut dalam kalangan penduduk setempat di kawasan yang berhampiran dengan kawasan tersebut, di mana mereka tidak pernah mendapat penjelasan secara ilmiah berkenaan dengan fenomena pelik ini.

Penduduk yang tinggal di dalam lingkungan al-Salam, kota al-Hodaidah, berasa panik setelah melihat kemunculan api dari bawah tanah sebelah lengkungan (drainase) dan lidah asap yang berkepul-kepul keluar melalui celahan retakan bumi.

Penduduk Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar dari perut bumi. Kemudian diikuti dengan kebakaran yang mengakibatkan retakan pada tempat itu. Dan dua hari kemudian api  membara semakin meningkat secara mendadak. Tetapi, adakah api tersebut akan merebak secara meluas? Sejauh manakah kebenaran dalam pertikaian bagi berita tersebut? Oleh itu, penjelasan bagi berita tersebut akan dijelaskan di bawah sebentar lagi.

Bagi yang belum menonton klip videonya, bolehlah rujuk pada link URL berikut:

Menurut hadis yang pertama
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a berkata: Datang kepada kami Rasulullah S.A.W. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Baginda bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?" Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari Kiamat". Lalu Baginda pun bersabda: "Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya." Kemudian Baginda menyebut: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa Ibnu Maryam A.S, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi (sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab) dan yang terakhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke tempat berkumpulnya mereka." [Hadis Riwayat Muslim].

Hadis yang pertama di atas sudah sedemikian jelasnya bahawa seluruh tanda-tanda kiamat besar akan di alami oleh umat Islam. Kekeliruan para pengkaji masalah ini dikejutkan dengan adanya tanggapan bahawa api itu akan merebak secara meluas. Inilah letaknya kekeliruan itu, maka secara kesimpulannya akan menganggap api tersebut muncul ketika sudah tidak ada lagi umat Islam pada masa itu yang mana api itu akan merebak secara meluas dan menghalau manusia ke tempat berkumpulnya mereka (adakah di padang mahsyar?). Penerangan selengkapnya akan di bahaskan berikutnya.


Tanda ke sepuluh keluarnya api dari Yaman.

Saya tidak menjumpai perbezaan dalam kalangan pendapat ahlus sunnah bahawa keluarnya api dari Yaman adalah tanda Kiamat besar yang terakhir kali terjadi dari sepuluh tanda-tanda kiamat besar. Tetapi kita akan mengetahui perbezaan pendapat mengenai kejadian tersebut yang mana sebahagian ulama' ada yang menganggap kejadian tersebut akan terjadi di hari akhirat, di mana tidak ada umat Islam lagi pada masa itu di dunia. Di antaranya; 

Al-Ghazali dan Al-Hulaimi yang berpendapat bahawa keluarnya api dari Yaman akan terjadi di hari akhirat. Sekiranya anda merujuk buku yang bertajuk, "Yaumul Qiyamah" karya Yusuf wabil halaman 409. Di situ di jelaskan alasan sebahagian ulama' yang menganggap kejadian tersebut terjadi pada hari akhirat dan di jawabnya dengan jawapan yang boleh dikatakan cukup isinya. Sebenarnya bagi orang yang menggunakan akalnya dengan sedikit sahaja, dah boleh membantah pendapat ulama' tersebut. 

Dengan merujuk pada hadis di atas, bahawa keluarnya api dari Yaman terjadi pada bahagian yang terakhir. Tetapi terakhir di sini bukan ketika menjelangnya tiupan sangkakala yang mana pada ketika itu sudah tidak ada lagi umat Islam. Tidak ada asap kalau tidak ada api. Dalam beberapa hadis yang shahih ada menjelaskan dengan lebih terperinci, bahawa ketika keluarnya api dari Yaman masih ada lagi umat Islam, dan bahkan Rasulullah S.A.W memberikan arahan jika mengalami saat-saat sedemikian.

Dalam hadis tersebut Rasulullah S.A.W ada menyebut, "asap". Dan yang terakhir ialah "api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke tempat berkumpulnya mereka".

Sekarang rujuk hadis yang kedua
Di riwayatkan dari Ibnu Umar mengenai akan keluarnya api itu, para sahabat bertanya, "wahai Rasulullah! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?" Baginda menjawab: "Hendaklah kamu berkumpul di Syam." [Hadis riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi dikutip dari buku "Yaumul Qiyamah" halaman 415 oleh Yusuf Wabil].

Selepas itu, rujuk pula hadis yang ketiga
Dari Hakim Bin Muawiyah Al-Bahzi dari ayahnya, lalu ia menyebutkan hadisnya yang di situ Rasulullah S.A.W bersabda: "Di sini kamu akan dikumpulkan, di sini kamu akan dikumpulkan, di sini kamu akan dikumpulkan dengan berkendaraan, ada yang dengan berjalan kaki, dan ada pula yang diseret wajahnya." Ibnu Am Bukair berkata, lalu Baginda menunjuk dengan tangan Baginda ke Syam seraya bersabda: "Ke sinilah kamu akan dikumpulkan."[Musnad Imam ahmad dari buku "Yaumul Qiyamah" halaman 415].

Seterusnya hadis yang keempat
Dari Bahz Bin Hakim dari ayahnya dari datuknya, ia berkata; saya bertanya, wahai Rasulullah, ke manakah engkau perintahkan aku? Baginda menjawab, "Ke sanalah!" Dan beliau menunjuk tanganya ke arah Syam. [Tuhfatul Ahwadzi syarah Sunan Tirmidzi dari buku "Yaumul Qiyamah" halaman 416].

Pada hadis yang kedua, Rasulullah S.A.W memberikan arahan kepada para sahabat, supaya mereka berkumpul di Syam ketika api dari Yaman telah keluar. Hal ini membuktikan bahawa ketika hal itu terjadi masih ada lagi umat Islam pada ketika itu. Seandainya pada ketika itu sudah tidak ada lagi umat Islam, tentunya Rasulullah S.A.W tidak akan memberikan arahan tersebut. Sedangkan kita yakin bahawa apa yang dikatakan Baginda adalah wahyu dari Allah S.W.T.

Jika pada hadis yang ketiga di anggap masih samar lagi, tetapi hadis yang kedua sudah jelas mengkhabarkan ketika hal itu terjadi, masih ada lagi umat Islam pada ketika itu. Begitu pula dengan hadis yang pertama. Dan hadis yang keempat sama halnya dengan hadis yang kedua iaitu jika memang pada ketika itu sudah tidak ada lagi umat Islam, maka apa maknanya Rasulullah S.A.W memerintahkan untuk pergi ke Syam? Justeru, hal itu seakan-akan keluarnya api tersebut pada masa mereka.

Jika anda sudah memahami apa yang saya jelaskan, maka sekarang akan saya jelaskan apa yang mungkin melatar belakangkan pendapat mereka (para ulama'). Salah satu yang mungkin bersifat melatar belakangkan pendapat para ulama' adalah dengan merujuk pada dua hadis seperti berikut:
Akan keluar api dari hadhramaut atau laut hadhramaut (Yaman) sebelum datangnya hari Kiamat yang mengumpulkan manusia. [Musnad Ahmad, "Yaumul Qiyamah" halaman 410].

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Manusia akan dikumpulkan menjadi tiga kelompok, iaitu kelompok yang merasa berharap dan takut, ada pula yang dua orang menaiki seekor unta, tiga orang menaiki seekor unta, empat orang menaiki seekor unta, dan sepuluh orang menaiki seekor unta, dan sisanya dikumpulkan oleh api yang mana api itu pada siang hari menyertai mereka ketika mereka tidur siang, dan pada malam hari juga menyertai mereka ketika mereka tidur malam, pada pagi hari pun menyertai mereka, dan pada petang hari juga menyertai mereka." [Hadis Shahih Al-Bukhari].

Kesimpulanya dengan memahami secara mutlak pada dua hadis di atas dan hadis-hadis lain yang semisal dengannya adalah suatu kekeliruan yang nyata, dan hadis riwayat Muslim di atas dan yang lainya telah berselisih pendapat tentang apa yang selama ini kita anggapnya sebagai kebenaran.

Wallahua'lam. Sumber dari Akhir Zaman.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

4 comments:

  1. api di Yaman masih kecil, pemulaan tanda dari sepuluh. Api ni makan masa 10 hingga 30 tahun untuk membesar. Ia akan membentuk gunung berapi terbesar didunia.

    Dajal akan muncul bila solomon temple siap dibina di Baitul Muqaddis. Jangkaan tempoh siap 2020.

    Syiah berpakat dengan yahudi melakukan pembunuhan ahli sunnah wal jamaah sedikit demi sedikit sehingga jadinya perang besar.

    PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

    Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".
    H.R. Ibnu Majah

    ReplyDelete
  2. Nak tanya tentang api di Israel tu ada sebut dalam mana2 hadis tak? Sbb sy ada baca blog Tuan ini ttg api di Yaman atau tu sekadar bencana alam shj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mmg bencana tetapi kalau merujuk pd hadis, itu baru stage permulaan. Petanda itu ada iras2 sikit. Cuma kita tidak tahu stage yg ke berapa lagi kalau betul2 akan berlaku nanti. Setakat ni, belum sampai petanda itu, nak halau manusia dari tempat berkumpul seperti dalam hadis. Cuma bara api peringkat kecil shj.

      Delete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger