Searching...

Kenapa Kempen Tak Nak Merokok Masih Belum Berkesan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Siapa yang tidak tahu merokok itu memudaratkan kesihatan? Di kotak rokok telah tertera peringatan tentang bahayanya merokok. Ironinya, masih ramai yang merokok sedangkan mereka tahu akan bahayanya termasuk para doktor itu sendiri!

"Untuk 'tahu' sahaja akan bahayanya merokok masih tidak memadai. Oleh itu, mesti ada 'mahu' dan 'mampu' untuk meninggalkannya."

Bagi yang mahu meninggalkannya pula pasti berdepan dengan ujian yang getir. Misalnya, ada yang meninggalkan tabiat merokok sepanjang waktu siang pada bulan puasa, tetapi sebaik sahaja berbuka... Mereka kembali merokok. Ada juga yang meninggalkan tabiat merokok sepenuhnya dalam masa sebulan berpuasa, tetapi merokok semula setelah tamat bulan Ramadhan. Kenapa?

Mereka hanya "tahu" dan "mahu" tetapi tidak "mampu" meninggalkannya. Jadi jelas sekarang, untuk berjaya dalam kempen merokok, masyarakat tidak cukup sekadar tahu (dibekalkan maklumat) tentang bahaya merokok iaitu cuma diajar sahaja, tetapi mestilah dibimbing dan dilatih agar mahu dan mampu untuk mengubah tabiat merokok itu.

Justeru, kempen merokok yang benar-benar berkesan dalam kelompok masyarakat, hendaklah mengubah [tiga elemen] terlebih dahulu bagi setiap orang. Dalam kalangan masyarakat hendaklah seseorang itu diajar, dibimbing dan dilatih. Seseorang itu juga mestilah melalui tiga proses secara tertib dan berkesinambungan iaitu:
  1. Akal diajar untuk tahu.
  2. Hati dibimbing untuk mahu.
  3. Nafsu dilatih untuk mampu.

Untuk tahu, akal perlu diberi ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan itu ialah ilmu wahyu (revealed knowledge). Ilmu wahyu akan memberi jawapan kepada soalan yang tidak akan dapat dijawab oleh akal manusia seperti:
  • Dia datang dari mana? 
  • Untuk apa dia dijadikan? 
  • Ke mana dia akan pergi selepas kehidupan ini?

Namun ini tidaklah bermakna ilmu akal (acquired knowledge) tidak penting. Ilmu akal membentuk kemahiran dan keterampilan secara profesional, manakala ilmu wahyu membentuk keperibadian secara personal.



Ilmu semata-mata tidak dapat mengubah sikap manusia agar tak nak merokok. Ramai orang berilmu tetapi buruk sikapnya. Proses menanam ilmu pada akal, mestilah diiringi dengan proses menyuburkan keyakinan dalam hati. Ini kerana pengetahuan yang berlegar di akal sahaja tidak akan dapat mengubah sikap seseorang itu jika belum ada kemahuan untuk berubah di dalam hatinya.

Kekuatan pada "kemahuan (hati)" lebih kuat pengaruhnya daripada kekuatan pada "pengetahuan (akal)" untuk menghasilkan perubahan pada sikap tak nak merokok itu. Justeru proses pengajaran (menanam ilmu pada akal) mestilah diikuti dengan proses pembimbingan (menyuburkan keyakinan dalam hati). Inilah yang dinamakan "tarbiyah."

Setelah "tahu" dan "mahu", manusia mestilah dilatih agar mampu untuk mengubah sikapnya itu. Untuk "mampu", nafsu perlu dilatih dan dibiasakan dengan amalan-amalan yang baik secara rutin. Maka dengan itu, masyarakat berkesan dalam mengikuti kempen tak nak merokok setelah [tiga elemen] dilakukan perubahannya melalui tiga proses seperti yang tertera di atas dengan sempurna. 

"Nafsu umpama kuda liar yang perlu dijinakkan untuk menjadi tunggangan yang baik. Nafsu bukan untuk dihapuskan, tetapi untuk dilatih agar mampu melaksanakan perubahan ke arah kebaikan."

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. tahu...aku tau rokok tu sedap
    mahu...dah sedap mesti lah mahu
    mampu..duit aku banyak tentu lah aku mampu.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger