Searching...

Kenyataan Syeikh Yusof Al-Qardawi Secara LIVE oleh Al-Jazeera Tentang Musuh Umat Islam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Kenyataan Syeikh Yusof Al-Qardawi secara LIVE disiarkan oleh Al-Jazeera beberapa hari yang lalu. Kenyataannya telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh saudara kita seperti berikut: 

Saya telah tersalah tafsir selama ini tentang saudara salafi dan wahabi di Saudi, mereka terlebih dahulu mengetahui Syiah dan Iran lebih daripada saya dan selama ini saya memanggil mereka Iran Kuffar (pegangan Syiah bertentangan akidah Ahli Sunnah Waal Jamaah) walhal (bukan sahaja kafir) hakikatnya mereka adalah musuh kita, yakni musuh umat Islam secara keseluruhannya. Mereka sebenarnya telah mengkhianati kita sejak sekian lama dan akhirnya, pada hari ini, semuanya telah jelas. Mereka di Syria bersama Hizbullah sedang membunuh saudara seaqidah kita. Jangan panggil mereka Hizbullah, mereka selayaknya digelar Hisbussyaiton dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

Saya menyeru seluruh ummah melawan Kuffar dan Syiah dalam Hizbullah. Mereka dengan jelas kuffar tanpa sedikit pun keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi pembersihan etnik di Syria dengan tujuan untuk membina 'Negara Syiah Barat' di barat Syria. Dengan terhasilnya negara baru itu, ummah kita akan dibahagikan dan makin bertambah kecil.

Saya juga telah menyeru semasa khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam di seluruh Dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif untuk menentang Iran dan Hisbussyaiton agar pergi sekarang ke Syria dan berjuang mempertahankan tanah air Syam dan saya mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan baru yang mereka buat beberapa minit lalu bahawa Hizbullah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahli Hizbullah ditemui di negara-negara teluk, maka akan dibunuh sebagai golongan murtad (kafir).

Hari ini, Hizbullah membuat kenyataan kononnya mereka mempertahankan Syria dan menuntut untuk membantu Sunni di Syria daripada kuffar. Apa pula seterusnya? Mempertahankan Sunni di Arab dan membawa kebebasan untuk Mekah dengan cara yang sama yang mereka lakukan terhadap wilayah Al Qusair? Semoga Allah mengutuk Iran yakni ketua segala kejahatan dan Semoga Allah mengutuk Hisbussyaiton dan tulang belakannya di Iraq dan Semoga Allah memberi kemenangan yang cepat ke atas Mujahideen di Syria dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Dan seterusnya, Bilad al Syam yang dicintai akan datang kembali kepada kita, Insya Allah.

P/S: Maksud, "ummah kita akan dibahagikan dan makin bertambah kecil", pada ayat di atas adalah ditujukan seperti di Iran yang mana golongan majoriti daripada rakyat Iran (termasuk golongan pemerintah) adalah penganut berfahaman Syiah, manakala golongan yang kecil (minoriti) adalah golongan ummah (rakyat) yang seaqidah dengan kita iaitu golongan berfahaman Ahli Sunnah Waal Jamaah. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger