Searching...

Kerugian Aset Rejim Basyar Assad VS Kejayaan Mujahidin Syria

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kerugian aset rejim Basyar Assad dalam tempoh dua tahun telah dibocorkan baru-baru ini. Buktinya, satu kenyataan laporan yang dikeluarkan oleh Royal Institute of British yang menyatakan butiran kerugian tentera Syria dalam tempoh dua tahun yang lalu telah tersebar di laman rangkaian sosial Facebook. 

Kerugian sehingga tarikh 28 Jun 2013: 
  1. Anggota Tentera: 68,000 anggota tentera terbunuh dan 6,500 anggota tentera yang lain ditahan kerana enggan menembak penunjuk perasaan. 
  2. Kereta Kebal: Dengan memiliki 5,000 kereta kebal dan kenderaan tempur. Sebanyak 1,500 buah tidak boleh berfungsi dan baki selebihnya yang digunakan iaitu sebanyak 3,500 buah. Hampir 2,215 musnah dalam pertempuran. Dengan baki yang ada sebanyak 1,285 sekarang yang boleh berfungsi kira-kira 500 ditempatkan di seluruh wilayah yang diduduki, 500 di pantai Syria dan 285 di Dimasyq. 
  3. Pesawat Udara: Dengan memiliki 450 buah pesawat udara, termasuk 100 buah tidak  boleh berfungsi, baki selebihnya sebanyak 350 buah ditolak 260 buah pesawat yang ditembak jatuh oleh Mujahidin Syria, dan kini masih berbaki 90 buah pesawat udara.
  4. Peluru Berpandu Darat ke Darat: Dengan memiliki 1,366 buah peluru berpandu, manakala yang telah digunakan adalah sebanyak 800, dan kini cuma tinggal 566 buah sahaja.

Kejayaan Mujahidin Syria.

Perlu untuk kita ketahui bahawa kejayaan Mujahidin Syria dalam membahagi-bahagikan kepada beberapa briged yang memainkan peranan mereka masing-masing. Ada briged yang diamanahkan untuk turun ke medan perang, dan ada pula yang diamanahkan untuk mencipta bom dan roket sendiri di dalam gudang-gudang yang dirampas daripada rejim Basyar Assad.

Walaupun masih ada yang menuduh mujahidin ditaja oleh Barat, biarkan klip video yang hendak dipertontonkan ini, menceritakan segala-galanya. Mujahidin mencipta bom dan roket mereka sendiri dengan kepakaran yang mereka miliki. Allahu Akbar! Berikut adalah klip video yang hendak dipertontonkan:



Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger