Searching...

Keyakinan Diri yang Tinggi Boleh Menjangkakan yang Terbaik Buat Dirinya dan Diri Orang Lain

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tidak mengapa jika orang lain tidak yakin akan diri kita ini tetapi yang lebih penting ialah kita sendiri perlu sedar bahawa kita mesti yakin terhadap diri kita sendiri. Orang yang tidak mempunyai keyakinan diri tidak akan berjaya sekalipun dia mempunyai ilmu, rupa, keturunan dan ketulusan yang baik. Apabila kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kita akan lebih fokus untuk memanfaatkan kelebihan berbanding kebimbangan terhadap kelemahan diri kita. Kita cuma perlu kenal di mana dan apa kelemahan diri kita sahaja, tetapi fokus yang lebih diutamakan adalah pada kelebihan kita.

"Memanfaatkan kelebihan lebih menjimatkan masa dan tenaga daripada cuba mengatasi kelemahan!"

Seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi sentiasa menjangkakan yang terbaik, bukan sahaja daripada dirinya tetapi juga daripada orang lain. Dia ada masa untuk orang lain.



Sebaliknya, seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah akan terlalu dibebankan dengan rasa bimbang dan hatinya selalu tertanya-tanya, "Macam mana penampilan aku?" Atau, "Apakah aku akan gagal?" Tegasnya, keyakinan diri dan imej diri yang positif adalah petanda bahawa kita mempunyai sikap yang baik. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger