Searching...

Kisah Seekor Tikus Dengan Seorang Ahli Sihir

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Saya ada satu cerita yang hendak dikongsikan berkenaan dengan gambaran betapa kuatnya peranan hati dalam kehidupan. Cerita ini adalah cerita dongeng yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. 

Seekor tikus telah bersahabat dengan seorang ahli sihir. Pada suatu hari, tikus mengadu kepada ahli sihir kerana ia sentiasa diburu oleh seekor kucing yang ada dalam rumah itu. Lalu ia memohon kepada ahli sihir untuk menukar dirinya menjadi seekor kucing yang besar.

"Permintaannya ditunaikan. Tikus sekarang telah bertukar menjadi seekor kucing dan ia memburu kucing di dalam rumah tersebut."

Tikus yang bertukar menjadi kucing itu kemudiannya keluar dari rumah. Di luar rumah, ia diburu pula oleh seekor anjing. Ia lari ketakutan dan terus menemui ahli sihir lalu meminta ditukarkan menjadi seekor anjing yang lebih besar. Ahli sihir pun menunaikan permintaannya. Tikus yang bertukar menjadi anjing besar itupun mengejar anjing tersebut. Tetapi tidak lama kemudian, anjing yang besar itu dibaling dengan batu oleh seorang budak di kawasan itu. Tikus yang bertukar anjing itupun lari bertempiaran lalu pergi berjumpa semula dengan ahli sihir tadi.

"Tolong tukarkan saya menjadi budak yang lebih besar," pinta si tikus kepada ahli sihir.

Tetapi kali ini ahli sihir menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata, "Tidak ada gunanya aku menukarkan bentuk kamu kepada yang lain..."

"Sebab apa?" Tanya si tikus itu.

"Sebabnya, walaupun rupa paras kamu boleh diubah, tetapi hati kamu tetap berhati tikus!"

Tambahan: Mana taknya, Hati tikus itukan pengecut!

Itulah peranan hati. Walaupun bentuk fizikal boleh berubah, tetapi jika hati tidak berubah, maka kita tidak boleh memanfaatkan apa sahaja. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger