Searching...

Kisah Si Miskin Ini Boleh Mengajar Kita Menjadi Seorang yang Pemurah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kisah [seekor tikus dengan seorang ahli sihir] pada entri sebelumnya sangat relevan dengan kehidupan kita. Cuba anda padankan kisah itu dengan kisah realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat kita. Kisah realiti ini saya mahu kongsikan kepada anda semua adalah mengenai seorang individu miskin. Kenapa pula perlu bercerita mengenai individu miskin? Sebab, dengan individu miskin inilah yang boleh mengajar kita untuk menjadi seorang yang pemurah. Ceritanya begini, Adalah seorang individu apabila diminta untuk menderma, dia akan berkata, "Saya miskin, buat apa saya perlu menderma?"

Tidak lama selepas itu, taraf kehidupannya mula meningkat sedikit. Apabila dia diminta untuk menderma, ini pula alasannya, "Saya belum kaya lagi. Baru senang sikit jer." Apabila dia telah kaya-raya, dia akan menjawab, "Saya belum betul-betul kaya." Dan apabila dia betul-betul kaya pula, jawapannya ini pula, "Pergilah minta derma pada orang lain yang lebih kaya daripada saya." Begitulah alasannya setiap kali diminta untuk menderma.

Anda nak tahu kenapa individu tersebut bersikap demikian? Sebab, hati individu tersebut merupakan jenis yang kedekut. Justeru, kedekut atau pemurah bukan ditentukan oleh harta atau wang yang kita miliki, tetapi ditentukan oleh jiwa atau hati kita. Orang miskin pun boleh menjadi pemurah jika hatinya memang jenis pemurah, berbanding dengan orang kaya yang kedekut. Oleh itu, kita perlu mendidik hati kita supaya bersikap pemurah dengan menderma. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger