Searching...

Konflik Di Syria Telah Berjangkit Ke Lebanon

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Konflik di Syria telah berjangkit ke Lebanon. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai Ulama' Lebanon, Syeikh Ahmad Al-Aseer yang mana beliau menyeru kepada para penyokongnya seluruh dunia supaya menyeberang ke Lebanon untuk bergabung dalam pertempuran yang sedang mengganas beberapa hari yang lalu di Sidon Sayyeda, Lebanon kerana terjadinya pembelotan daripada tentera-tenteranya di sana.

Syeikh dalam 'Twitter'nya juga ada membuat rayuan kepada semua tentera Ahli Sunnah Waal Jamaah di Pusat ketenteraan Lebanon agar membelot puak-puak Syiah dan jangan sesekali terlibat dalam pembunuhan terhadap saudara sesamanya (seaqidah dengannya).

Syeikh dalam 'YouTube' pula ada menyeru kepada semua penyokongnya di wilayah Lebanon untuk datang bersama membela agama Islam (seaqidah dengan Ahli Sunnah Waal Jamaah) dan rakyat awam (terutama wanita dan kanak-kanak)."

Antara tentera rejim Syria dan tentera Lebanon kini tidak ada bezanya. Kedua-duanya membunuh rakyat awam.

"Kami sedang diserang oleh tentera Lebanon yang merupakan tentera Iran, dan kami juga sedang diserang oleh Hassan Nasrullah (pimpinan Hizbussyaiton) serta para penyokongnya iaitu Nabih Berri (pimpinan Gerakan Amal)." kata seorang ulama Salafi itu. "Kami sedang diserang (ditembak) dari wilayah Syiah Mar Elias. Kami juga sedang diserang daripada segala macam jenis bom, peluru berpandu dan juga roket."

Seorang petugas sekuriti peribadi Syeikh iaitu Mujahid Ali Waheed, gugur dalam pertempuran di Sayyeda, Lebanon.

Tentera Lebanon diperintahkan untuk membuat penangkapan terhadap Syeikh Ahmed Al-Aseer. 

Mujahidin Syeikh Ahmed Al-Aseer menyerang pos penjagaan tentera Lebanon di Abra, tenggara kota Sidon, dan mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang tentera Lebanon. Syeikh Ahmed Al-Aseer menyetujui dua bulan genjatan senjata untuk pertukaran tiga tawanan. Tiga pengikut Syeikh berada di penjara polis di Lebanon.

Berikut adalah klip video serangan ke atas masjid Bilal Bin Rabah:


Keterangan bagi klip video di atas:

Roket-roket Hizbussyaiton dan tentera Lebanon menyerang (menembak) masjid Bilal bin Rabah di Arsal, dekat markas Syeikh Ahmed Al-Aseer. Syeikh Ahmed Al-Aseer mengumpulkan dana selama dua tahun untuk membangunkan masjid tersebut dan Syiah menghancurkannya hanya dalam beberapa jam. Ketika penyerbuan, Syeikh Ahmed Al-Aseer sedang berada di sana.

Bagaimanapun, beliau sempat bertempur bersama Jabhah Al-Nushrah di pinggiran Al-Qusayr dan berjaya merebut salah satu pos penjagaan di sana, sebelum kembali ke Lebanon.

Gambar diatas merupakan Syeikh Ahmed Al Aseer, semasa beliau merayu pada Ahli Sunnah Waal Jamaah agar memberikan sumbangan derma untuk keperluan senjata dan peluru.


Keterangan Berita Terkini Mengenai Konflik Di Lebanon.

Menjawab seruan Syeikh Ahmed Al-Aseer, seorang perwira dari pasukan tentera Lebanon (LAF), Sharif Nabil Al-Aakom dan kelompoknya membelot dan bergabung dengan barisan Ahli Sunnah Waal Jamaah. Mereka adalah tentera Lebanon pertama yang membelot daripada puak-puak Syiah.

Saudara kepada Fadel Shaker iaitu Mujahid Abu Abed Shmandor dari Brigade Aseer, gugur dalam pertempuran melawan pasukan Lebanon yang menggempur masjid Syeikh Ahmed Al-Aseer iaitu masjid Bilal Bin Rabah di selatan kota Sidon, dalam serbuan menangkap Syeikh Ahmed Al Aseer, kelmarin. Dua belas tentera Lebanon tewas dan lebih 50 orang daripada mereka cedera dalam pertempuran tersebut. Rujuk video berikut:

Video di atas menunjukkan para Mujahid penyokong Syeikh Ahmed Al-Aseer, yang gugur di masjid Bilal bin Rabah.

Syeikh dalam diam-diam dilarikan dengan ambulans ke lokasi yang dirahsiakan selama pertempuran tersebut berlangsung. Para Mujahidin menduga Syeikh tertangkap dan mengadakan pertemuan, berjanji menyokong Syeikh Ahmed Al-Aseer dan siap menebus Syeikh Ahmed Al-Aseer meskipun harus mengorbankan jiwa dan darah mereka.

Jabhah Al-Nushrah mulai menyeberang ke Lebanon melalui Al-Manaar untuk menyokong perjuangan Syeikh Ahmed Al-Aseer.

Hari ini disahkan oleh jurucakap FSA, bahawa Syeikh Ahmed Al-Aseer telah berada dalam perlindungan FSA di Syria. Alhamdulillah..

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger