Searching...

Maksud Kata-kata Sayidina Ali Ini...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kata-kata Sayidina Ali itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah si mati dapat melihat hakikat hidup dengan nyata dan tepat. Apa yang saya terangkan ini adalah maksud bagi kata-kata Sayidina Ali. Kalau anda nak tahu apa yang Sayidina Ali r.a perkatakan, sila ke entri lepas yang bertajuk, [Tahu Dan Sedar Itu Berbeza?].

Setelah diri manusia berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf akan apa sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki ketika hidup di dunia dahulu.

Pelik, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia dahulu. Seperti kata pepatah, "Setelah terhantuk (mati), barulah dia tengadah (sedar)." Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia dahulu hanyalah lebih kepada dosa atau lebih kepada duniawi semata-mata. Manakala apa yang dihindarinya pula adalah pahala dan amalan ibadah kepada Allah S.W.T.

"Ah, betapa tersasarnya tujuan hidup selama di dunia dahulu akibat buta [mata hati]. Permata disangka kaca, kaca disangka permata."

Dalam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi "bumi dan langit", barulah kita terjaga daripada mimpi selama ini. Sayangnya, pada ketika itu, segala-segalanya sudah terlambat. Apa gunanya kita sedar di alam kubur kerana pada ketika itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan kita mahupun menyediakan bekalan (amalan) kita.



Kesedaran yang semacam itu sepatutnya perlu kita miliki sewaktu kita hidup di dunia sekarang ini. Oleh itu, perbanyakkanlah amalan di dunia sekarang ini sebagai bekalan ketika hendak meniti di alam barzakh kelak. Justeru, sekiranya hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah ada kebaikan dan manfaatnya iaitu kita akan lebih gigih, berhati-hati dan berwaspada. Sebaliknya, sekiranya kesedaran itu hanya dimiliki di alam kubur, maka segala-galanya sudah terlambat! Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger