Searching...

Maksud Sebenar Perkataan "Sikap" yang Jarang Diketahui Ramai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Masih ramai yang tidak mengetahui apa maksud sebenarnya perkataan "sikap". Rata-rata mereka yang mengetahui maksud bagi perkataan "sikap" ini adalah semacam perangai manusia yang sentiasa berlainan (tidak sama). Bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Lain orang, lainlah ragamnya. Adakah itu maksud sikap (attitude)? Apakah maksudnya yang sebenar? Sikap didefinisikan sebagai tenaga penggerak dalam jiwa yang memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku. Secara ringkasnya ada pula yang mendefinisikan sikap sebagai perasaan dalaman yang dilahirkan dalam bentuk tingkah laku.

Ia merangkumi tiga skop iaitu personal, interpersonal dan profesion seperti di bawah:
  • Sikap menentukan sama ada seseorang itu secara personalnya mempunyai harga diri, sifat amanah, jujur dan lain-lain sifat positifnya.
  • Sikap juga menentukan sama ada seseorang secara interpersonalnya itu mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain yakni adakah dia memiliki sifat bertimbang rasa, memaafkan dan prihatin dalam perhubungannya dengan orang lain?
  • Sikap jugalah yang menentukan sama ada seseorang itu mempunyai daya kreatif, inovatif, daya usaha, kegigihan dan semangat berdaya saing dalam profesionnya.
Apabila dikatakan sikap itu ialah tenaga penggerak dalam jiwa dan perasaan dalaman, ini bermakna ia adalah suatu yang bersifat dari dalam-keluar (inside-out) bukan dari luar-ke-dalam (outside-in). Oleh sebab itu, usaha mengubahnya juga perlu dibuat dari dalam. Sikap umpama pintu yang terkunci dari dalam. Tidak ada siapa yang boleh membukanya kecuali dengan kerelaan tuan empunya diri itu. Maksudnya, mengubah sikap tidak boleh dibuat secara paksaan. Ia mesti dilakukan dengan kerelaan diri yang memilikinya (sikap) itu.



Perubahan diri umpama pintu yang terkunci dari dalam. Ia tidak akan dapat dibuka jika tuan empunya diri tidak membuka dengan kunci yang ada di tangannya sendiri. Perubahan yang hakiki tidak boleh dipaksa. Ia berlaku secara neutral dan sukarela.

"Pepatah ada menyatakan, kita boleh menarik kuda masuk ke air, tetapi kita tidak akan dapat memaksa kuda itu minum air."

Kalau kuda yang tidak berakal itu pun payah dipaksa, apalagi manusia yang mempunyai hati, fikiran dan perasaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Dalam kalangan masyarakat Melayu terkenal dengan istilah buang tabiat yang biasanya ditujukan kepada perubahan sikap yang ditonjolkan oleh seseorang itu secara mengejut dan luar biasa dan menganggapnya orang itu hendak mati. Misalnya, pada kebiasaannya si A bersikap pemarah, tiba-tiba si A yang kebiasaannya seorang yang pemarah, kini tiba-tiba dia bersikap dengan lemah-lembut. Maka terbitlah daripada buah mulut masyarakat Melayu kampung dengan kata-kata, "Ah, dia tu dah buang tebiat agaknya!" Begitulah payahnya kita hendak mengubah sikap sekiranya masih ada lagi orang yang bermentaliti sedemikian. Hinggakan jika berubah sikap bagi seseorang itu dikaitkan pula seseorang itu telah hampir pada saat kematian. Wallahua'lam. Sama-samalah kita ubah mentaliti kita ke arah positif dengan maju setapak demi setapak ke hadapan dan jangan kita berada ditakuk yang lama yang diibaratkan seperti katak di bawah tempurung.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger