Searching...

Mana Satu Anda Pilih? Masa Muda Atau Masa Tua?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bagi orang yang telah tua, pandangan nafsu ada helahnya tersendiri. Seperti contoh; "Eh, engkau belum tua lagi. Kau dah lupa ke kata-kata ini, 'life begin at forty' dan 'men are like wine'?" Akibatnya, orang tua tidak merasa tua lagi bak kata pepatah, miang-miang keladi, makin tua makin menjadi. Maksiat terus diratah sebanyak-banyaknya dengan rakus, seolah-olah seperti pasukan bola sedang memburu gol pada waktu kecederaan.

Apabila dah diberi peringatan, "Ingat, datuk 'dah senja' tau," namun hakikatnya langsung tidak diendahkan peringatan itu bahkan istilah orang tua kerap ditukar menjadi orang lama. Ya, mungkin si tua yang didominasi pandangan nafsunya itu sudah pencen dalam kerjayanya, tetapi belum pencen dalam melakukan dosa.

Bagaimana pula orang yang melihat dirinya dengan pandangan mata hati? Orang muda akan menghargai umurnya dengan melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T. Muda bukan sekali, tetapi dua kali. Begitulah bisikan hatinya. Kali pertama ialah pada umur mudanya semasa di dunia yang bersifat sementara. Manakala muda untuk kali kedua ialah muda di dalam syurga yang abadi kekal buat selama-lamanya. Ini berdasarkan satu hadis daripada Mu'az Bin Jabal bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Ahli syurga akan memasuki syurga dengan tiada berbulu, tidak berjambang, dengan mata yang bercelak dan berumur tiga puluh atau tiga puluh tiga tahun." (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Jami' Al-Sahih Sunan Al-Timizi, Dar Ihya' Al-Turath Al-Arabi, Beirut, jil. 4, halaman 682, no. 2545).

Orang muda yang dipengaruhi oleh pandangan mata hati ini insaf bahawa masa muda adalah masa yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Mereka yang jenis begini sedar bahawa antara soalan yang akan ditanyakan di padang mahsyar nanti ialah, "Ke mana masa mudamu sudah kamu habiskan?"

Allah S.W.T tidak bertanyakan masa tua, ini kerana masa muda (umur muda) bagi seseorang manusia adalah sangat berharga (prime time) dan alangkah baiknya jika aset yang sangat berharga ini diserahkan kepada Allah S.W.T sebagai balasan kepada nikmat yang kita perolehi semasa di dunia. Bukankah itu petanda kita benar-benar mencintai-Nya?

Lalu hati orang muda itu pun berazam, "Jika demikian, aku akan gunakan umur muda yang sementara ini untuk mendapatkan umur muda yang kekal abadi di syurga." Demikianlah azam orang muda yang memandang dengan pandangan mata hati. Lalu dia akan menyegerakan amalan kebaikannya, tidak bertangguh-tangguh untuk bertaubat dan segera meninggalkan kejahatan. Usia muda inilah dianggap sebagai satu kesempatan, bukan satu penangguhan. Berdasarkan hadis di bawah:

Daripada Anas Bin Malik bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Tiadalah pemuda yang lebih disukai oleh Allah melainkan pemuda yang bertaubat." (Al-Silsilah Al-Dhaifah, Maktabah Al-Maarif, Al-Riyadh, jil. 11, halaman 433, no. 5431).

"Sekarang bagaimana? Setiap kali kita memandang wajah di cermin, kita melihat dengan pandangan mana? Pandangan mata, akal, nafsu atau hati?"

Sebagai seorang Islam, kita diajar supaya setiap kali kita melihat muka kita di hadapan cermin, kita disunatkan membaca doa berikut:

Ini menunjukkan bahawa menerusi doa ini, Islam mengajar kita supaya jangan sesekali hanya melihat wajah zahir kita (muka), tetapi perlu melihat wajah batin kita (pekerti). Pekerti kita itulah hakikat diri kita yang sebenarnya.

Jasad yang tercipta daripada tanah, bukanlah hakikat diri kita. Ia akan kedut dan reput yang kemudiannya akan dimamah ulat dan cacing, bahkan akan hancur bersama tanah. Tetapi diri kita yang hakiki ialah budi pekerti kita yang tidak akan hancur buat selama-lamanya. Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

"Apa yang dilihat dengan pandangan mata hati inilah yang dikenang oleh manusia dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T"

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak menilai rupa lahir (zahir) kamu dan harta kamu tetapi sesungguhnya Allah menilai amalan dan hati kamu." (Hadis Riwayat Ibn Majah, Dar Al-Fikr, Beirut, jil. 2, halaman 1388, no. 4143).

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger