Searching...

Muat Turun Ayat-ayat Ruqyah Untuk Penyembuhan Pesakit Daripada Gangguan Makhluk Ghaib

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dalam cara rawatan Islam, pesakit akan dibacakan ke telinganya dalam beberapa potong ayat Al-Qur'an supaya pesakit dapat mendengar dengan khusyuk. Bagi mereka yang pernah terkena gangguan makhluk halus, biasanya apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran ke telinganya, maka si Jin, Syaitan atau makhluk halus yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan makhluk-makhluk ghaib itu seperti cacing kepanasan iaitu tidak boleh bertahan dengan berdiam diri dalam tubuh pesakit itu.

Dengan itu, timbullah pelbagai reaksi daripada pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan merasa:
  • Pening-pening kepala.
  • Mabuk.
  • Muntah-muntah.
  • Menggeletar.
  • Pengsan.
  • Seram-sejuk.
  • Berdebar-debar
Untuk makluman anda, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk merawat pesakit yang terkena gangguan makhluk ghaib adalah ayat-ayat Ruqyah.

Saya sertakan sekali pautan muat turun MP3 Ruqyah di akhir entri ini bagi sesiapa yang mahu pesakit-pesakitnya diubati dengan cara Rasulullah S.A.W ajar iaitu berdasarkan hadis Baginda S.A.W berikut:

Ubai Ibnu Ka'ab pernah berkata: "Ketika aku sedang bersama-sama Nabi S.A.W, seorang Arab Badwi telah datang menemui Baginda sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya saudaraku sedang sakit". Apa sakitnya? Tanya Rasulullah. Orang Arab Badwi itu menjawab, "Dia dirasuk Jin". Kata Rasulullah S.A.W, "Bawa dia kemari". Saudara Arab Badwi itu kemudiannya diletakkan dihadapan baginda S.A.W lalu Baginda meminta perlindungan kepada Allah untuk diri saudaranya itu dengan membacakan; Surah al-fatihah, empat ayat permulaan surah Al-Baqarah, dua ayat dari surah Al-Baqarah iaitu ayat ke 163 dan 164, ayat Qursi, tiga ayat terakhir surat Al-Baqarah, satu ayat dari surah Al-A'raf (ayat 54), ayat akhir dari surah Al-Mukminun (ayat 115 – 118), satu ayat dari surah Al-Jin (ayat 3), sepuluh ayat dari awal Surah As-Shaffat, tiga ayat dari surah Al-Hasyr (ayat 21 – 23), surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Sesudah itu mangsa tersebut pulih seperti biasa seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku ke terhadapnya. [Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Ahmad].

Cara Menggunakan MP3 Ruqyah Untuk Mengubat Pesakit:

Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan mp3 ini didalam rumah atau premis perniagaan sebanyak tiga kali sehari atau pasangkan dari malam sampai ke pagi (set auto ulangan).

Bagi pesakit yang terkena gangguan jin, adalah dilarang sama sekali memasang MP3 Rugyah di dalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

Bagi anak-anak anda yang menangis pada waktu malam, anda perlu pasangkan MP3 Ruqyah dengan kuat. Insya Allah makhluk-makhluk ghaib itu akan lari bertempiaran daripada mengganggu anak-anak anda.

Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat datang jodoh, anda disaran menyediakan tiga botol besar air mineral, kemudian buka penutupnya dan pasangkan MP3 Ruqyah ini tiga kali pusingan sebelah air tadi (kira-kira dalam 1 jam 20 minit). Air yang telah diruqyah tadi, hendaklah diminum seteguk untuk tiga kali sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. 

Tiap-tiap lepas solat perlu membaca ayat Qursy sebanyak tiga kali dan surah Al-Insyirah sebanyak tiga kali secara istiqomah (konsisten). Kemudian sebelah malamnya pula, MP3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai ke pagi selama sebulan.

Bagi memulihkan rumah atau premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan MP3 Ruqyah selama sehari untuk tiga hari berturut-turut.

Jika kita sering mengalami penyakit malas dan badan pula terasa berat hendak bangun, maka perdengarkan MP3 ruqyah ini sebanyak tiga kali sehari, insya Allah kita akan cergas dan kembali bersemangat seperti biasa.

Bagi sesiapa yang mahukan kesembuhan secara maksimum bila mendengar MP3 Ruqyah ini, maka sila pejamkan mata anda dan dengarkan MP3 Ruqyah sehingga tamat tanpa mengikut bacaannya di mulut mahupun di hati.

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah Mengikut Susunan No, Nama Surah, Juzuk dan Ayat:
  1. Al-Fatihah 1 Seluruhnya
  2. Al-Baqarah 1 1-5
  3. Al-Baqarah 1 102
  4. Al-Baqarah 2 163-164
  5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
  6. Al-Baqarah 3 285-286
  7. Ali-Imran 3 18-19
  8. Al-'Araf 8 54-56
  9. Al-'Araf 9 117-122
  10. Yunus 11 81-82
  11. Toha 16 69
  12. Al-Mukminun 18 115-118
  13. As-Soffaat 23 1-10
  14. Al-Ahqaaf 26 29-32
  15. Ar-Rahman 27 33-36
  16. Al-Hasyr 28 21-24
  17. Al-Jin 29 1-9
  18. Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
  19. Al-Falaq 30 Seluruhnya
  20. An-Naas 30 Seluruhnya
Selain mengubati penyakit yang melibatkan gangguan makhluk-makhluk ghaib, amalkan memasang MP3 Ruqyah ini di dalam rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada tempat tinggal anda (tempat keras). Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. Insya Allah. 

Maaf, anda boleh cari MP3 Ruqyah di google kerana terdapat ramai yang share di situ...

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger