Searching...

Pendedahan Konspirasi Syiah Dalam Bentuk Gerakan Kebatinan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Banyak daripada kumpulan dan agen parasit dari luar yang ingin merosakkan Islam. Mereka (puak-puak Syiah) mula menyerang agama Islam dengan mencipta beberapa ideologi berbentuk harakah batiniah (gerakan kebatinan) lalu diserap masuk ke dalam Islam dengan menjadikan cinta kepada Ahli Bait Nabi sebagai hujjah mereka. Ada juga yang menjadikan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf, perbandingan agama dan kebebasan mutlak terhadap manusia sebagai fokus utama dalam menyebarkan fahaman kebatinan ini. Dan mereka ini ada terlibat sama dengan agama yang dianuti oleh puak-puak majusi, boleh rujuk entri lepas yang bertajuk, [Hancurkan Dinasti Kuffar Syiah-Majusi Terlebih Dahulu, Baru Kita Boleh Membebaskan Palestin!].

Golongan ini digelarkan dengan nama al-Batiniah, kerana mereka berkata:

"Syariat Allah itu ada zahir dan batinnya, begitu juga dengan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi Muhammad". [Sumber rujuk no. 1 di nota kaki].

Mereka menggunakan kaedah takwil [sumber rujuk no. 2 di nota kaki] sebagai manhaj utama menyebarkan fahaman ini.

Sebagai contoh :

"Sesiapa yang mengetahui makna hakikat ibadah, gugur fardu ibadah daripadanya". Ini diambil daripada Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Hijr, ayat 99 yang berbunyi: 

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

Maksudnya: "Sembahlah Tuhanmu sehingga kamu yakin." (Surah al-Hijr, ayat 99).

Biar gambar di bawah berbicara:


Mereka bergerak samada dalam keadaan jelas atau tersembunyi dalam mana-mana kelompok. Antara gerakan mereka yang dapat dikenal pasti oleh para ulama' iaitu gerakan Yazidiah, Qaramitah, Ismailiah, Druze, Nusairiah, Hashsyasyin, Babiah, Baha'iah, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Khumainiah dan Harakah Amal.

Pengasas awalnya adalah Maimun bin al-Ahwazi [sumber rujuk no. 3 di nota kaki], Muhammad bin Hussin (al-Dandan) [sumber rujuk no. 4 di nota kaki] bersama satu kumpulan yang dinamakan al-Jarabijah [sumber rujuk no. 5 di nota kaki] yang pernah berkumpul sekali dalam penjara di kawasan Iraq, lalu bersepakat mengasaskan gerakan kebatinan. Selepas bebas daripada penjara, mereka mula menyebarkan fahaman dan doktrin-doktrin tersebut yang diceduk daripada Islam, Majusi, Yahudi, Nasrani, Mesir Kuno, Parsi, Yunani, Anamisma dan Buddha.

Gerakan mereka ini terlebih bahaya daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan Dahriah kerana mereka bergerak dengan menyalurkan doktrin mereka secara halus dan dengan penggunaan nama Islam sebagai tipu muslihat.

Modus operandi sebagaimana dinyatakan oleh Dr. Anwar Hamid Isa ada beberapa peringkat dalam meniupkan roh tipu daya mereka :
  1. Al-Tafarras: Memerhati daripada jauh mangsa yang sepatutnya.
  2. Al-Ta'nis: Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan.
  3. Al-Tasykik: Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam.
  4. Al-Ta'liq: Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam.
  5. Al-Rabt: Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat.
  6. Al-Tadlis: Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya.
  7. Al-Ta'sis: Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama.
  8. Al-Khulu' waal Salakh: Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islam daripada pengamalan spiritual mereka sehari-hari dan seterusnya kepada gugurnya keimanan kepada Allah.

Wallahua'lam.

Nota kaki (Sumber):
  • Kitab Mausu'ah al-Muyassarah fil Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Mu'asarah (WAMY).
  • [No. 1] Kitab al-Syiah bainal I'tidal waal Ghuluw karangan Dr. Anwar Hamid Isa: m/s 191.
  • [No. 2] Takwil yang dimaksudkan adalah mengubah setiap makna asal daripada lafaz-lafaz Al-Qur'an dan Hadith dengan makna yang tidak sah dan tidak sesuai ditanggung akan maknanya.
  • [No. 3] Dr. Anwar Hamid Isa ada menyebut bahawa beliau (Maimun bin al-Ahwazi) adalah seorang pemeluk agama Majusi. Dia pernah berkata: "Sesungguhnya Sang Pencipta telah menciptakan seorang manusia, lalu mereka berdua bergandingan bahu menjadi pentadbir alam". Ini samalah dengan aqidah yang dipegang Majusi bahawa Azdan (Tuhan Cahaya) telah menciptakan Ahraman (Tuhan Kegelapan) lalu bergandingan mentadbir alam sejagat.
  • [No. 4] Dalam kitab al-Fahrasat ibn Nadim ada menyatakan bahawa beliau adalah seorang lelaki yang mempunyai keintelektualan tinggi (ahli falsafah), sangat mahir dalam bidang ilmu astronomi dan amat memusuhi Daulah Islamiah ketika itu.
  • [No. 5] Disebut oleh Imam Abdul Qahir al-Baghdadi, mereka adalah satu kumpulan yang beragama Majusi. Mereka cuba menyelewengkan intipati ajaran Islam dengan menta'wilkan Al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W supaya selari dengan agama mereka melalui cara kebatinan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger