Searching...

Pendedahan Mengenai Akidah Pemerintah Syria

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pemimpin Agung Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei (kanan) bertemu Presiden Syria, Basyar al-Assad (dalam bulatan) di Tehran ditemani oleh Presiden Iran, Ahmadinejad (kiri).


Mengapa Rejim Basyar Assad Wajib Dijatuhkan?

Menurut akidah Syiah Nusairi yang dianuti oleh puak pemerintah di Syria sekarang yakni Basyar Assad, ketika seorang manusia telah mati, maka rohnya akan berpindah kepada jasad yang lain sesuai dengan jenis amalan yang mereka kerjakan semasa hidup. 

Oleh yang demikian, mereka tidak mempercayai adanya pahala yang akan dibalas dengan kenikmatan syurga dan dosa pula yang akan dibalas dengan seksaan di neraka. Mereka juga tidak meyakini bahawa adanya kehidupan alam barzakh dan alam akhirat.

Akan tetapi, mereka meyakini bahawa adanya alam roh yang tinggi di langit yang dihuni oleh makhluk-makhluk yang tinggi lagi mulia iaitu bintang-bintang dan planet-planet. Mereka juga meyakini bintang-bintang dan planet-planet tersebut akan memancarkan cahaya secara berterusan kepada ketujuh lapisan langit. 

Bagi mereka, roh yang jahat (mengikut pandangan mereka) akan berpindah kepada semua benda dan makhluk di alam ini selain daripada manusia. Roh mereka akan berpindah menjadi batu, pohon, air, garam, benda mati, dan haiwan.

Mereka meyakini, proses ini akan terus berlaku sehingga munculnya imam ghaib yang terakhir, iaitu Muhammad bin Hasan Al-Askari yang merupakan imam yang kedua belas dalam ajaran Syiah Itsna Asyariyah. Muhammad bin Hasan Al-Askari akan mengembalikan mereka menjadi manusia semula, lalu membunuh mereka hingga darah mereka melimpahi seluruh tempat.

Tidak diragukan lagi, keyakinan dan aqidah mereka terhadap kehidupan alam barzakh, alam akhirat, syurga, dan neraka adalah keyakinan kaum musyrikin dan atheis yang bertentangan dengan Islam. Islam datang untuk menghapus akidah sesat ini daripada terus tersebar.

Jelas sesat dan terkeluar daripada aqidah Ahlul Sunnah waal Jamaah. Semoga Allah memelihara aqidah kita semua dan memberi kemenangan kepada rakyat Syria. Wallahua'lam.

Sumber dari Kitab Al-Harakat Al-Bathiniyah fil 'Alam Islami halaman 355-359, An-Nushairiyah halaman 14-30, Thaifah An-Nushairiyah halaman 43-55, dan Mausu'ah Firaq Syi'ah halaman 116-119.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger