Searching...

Pendedahan Rahsia Memikul Tanggungjawab Sepenuhnya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hidup kita, tanggungjawab kita. "Tanggungjawab" berasal daripada perkataan tanggung dan jawab yang membawa maksud, setiap kita perlu menanggung akibat bagi setiap pilihan dan tindakan yang kita buat dalam kehidupan kita ini. Kelak di akhirat, kita akan ditanya tentang apa yang kita telah lakukan semasa kita di dunia dahulu. Dan pada ketika itulah kita kena menjawabnya di akhirat. Oleh itu, hidup adalah amanah daripada Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya (manusia).

Kita tidak boleh menyalahkan orang lain atas apa yang telah berlaku terhadap diri kita sendiri. Mungkin kita telah tertipu, lalu menyalahkan orang lain yang menipu kita. Tetapi, individu yang bertanggungjawab akan menyoal, memeriksa dan memperbaiki dirinya, kenapa boleh tertipu? ini yang dikatakan bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Kalau gagal, kita tidak perlu mencari sebab untuk menyalahkan orang lain atau keadaan dan lain-lain faktor luaran, sebaliknya kita perlu melihat di mana ruang untuk kita baiki diri kita sendiri. Jangan ada sikap suka menyalahkan yang lain, bak kata pepatah Melayu:

"Tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi/rendah"

Hanya dengan sikap tanggugjawab, kita boleh menilai, bermuhasabah dan memperbaiki diri kita dengan jujur dan konsisten. Kita mesti berani mengakui kelemahan kita, maka dengan itu barulah kita mampu meningkatkan kelebihan  diri kita dan membuat perubahan ke arah yang lebih baik lagi yakni cemerlang.

Kini, kita tahu ciri-ciri sikap yang ingin kita miliki. Jadi, sekurang-kurangnya kita telah tahu jurang atau perbezaan di antara diri kita yang mana realiti, dan diri kita yang mana kita impikan. Apa perlu kita buat? Berubah! Namun bagaimana? Mari kita lihat kemudian, falsafah dalam kaedah mengubah diri kita dalam entri seterusnya. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger