Searching...

Peringatan (Fatwa) Ini Membuatkan Kita Tak Boleh Duduk Diam Membisu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dengan pendirian yang amat jelas daripada [Syeikh Dr Yusuf Qardhawi] terhadap Iran dan Hizbullah yang berkait juga dengan masalah hubungan Sunni-Syiah, maka sudah tibalah masanya khususnya bagi umat Islam di negara ini menentukan sikap tanpa ragu-ragu lagi untuk menyokong rakyat Syria dalam perjuangan mereka memerdekakan tanah air mereka dan menyelamatkan diri dan keluarga mereka dari rejim Basyar Assad yang zalim.

Saya perturunkan kembali fatwa yang diputuskan oleh Muktamar Syria anjuran al-Ittihad al-Alami Lil Ulama' al-Muslimin (The International Association of Muslim Scholars) yang dipengerusikan oleh Prof. Dr Yusuf al-Qardhawi dan Rabitah Ulama' Suriyiin (Syria) dari 1 - 3 Julai 2012 di Istanbul, Turki.

Antara fatwa-fatwa yang telah diketengahkan ialah:

1. Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman. Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.

2. Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan sama ada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang telah berjihad dan berjuang melawan rejim Basyar yang zalim.

3. Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada rejim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.

4. Merupakan kewajipan untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran. Maka, tidak ketinggalan kepada para alim ulama' dan juga pemikir Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria. Dan haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman demi kezaliman berlaku di Syria.

5. Haram membunuh di atas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Haram hukumnya membunuh dan menumpahkan darah tanpa hak. Akan tetapi apabila berada di dalam medan jihad, maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama. Kami juga mengingatkan kepada Tentera Pembebasan Syria (FSA) agar berjihad tujuannya adalah untuk mempertahankan maruah diri, agama dan juga negara bukan kerana lain.

Harap kita semua dapat sebarkan, ambil iktibar dan jangan sesekali kita duduk diam membisu seperti mana yang tertulis dalam peringatan (fatwa) yang telah diketengahkan di atas sebentar tadi terhadap masalah saudara seaqidah kita di sana. Mohon kerjasama daripada anda agar dapat menyebarkan mesej (fatwa) di atas kesemua kenalan di tempat anda agar kita semua dapat bangkit bersuara seperti mana yang telah berlaku semasa musim PRU-13 sebulan yang lalu.

Sumber dari Syeikh Raed Solah, Pemimpin Gerakan islam Palestin wilayah 1948 yang lalu dan turut hadir dalam muktamar ini dan menegaskan, "Hari ini Damsyik (dibebaskan) esok pula Baitul Maqdis!"

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger