Searching...

Pesanan Dua Ustaz Ini Lebih Arif dan Berpengalaman Berhubung Dengan Isu Di Syria dan Fitnah Syiah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pesanan dua Ustaz ini haruslah kita ikuti kerana mereka lebih arif dan berpengalaman dalam penghayatan mereka mengenai isu di Syria dan bahaya fitnah Syiah. Siapa tahu, mereka sememangnya telah melalui detik-detik yang kita tidak boleh nak gambarkan apa yang mereka alami. Hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui mengenai peribadi mereka berdua. Ustaz yang hendak saya kongsikan di sini adalah Ustaz Nazmi Karim dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Sama-sama kita dapatkan pencerahan daripada mereka berdua. Insya Allah.

1) Berikut adalah nukilan daripada Ustaz Nazmi Karim (Original) tentang isu di Syria:


"Saya menyambung pengajian di Syria pada tahun 1992 sehingga 1998. Syria ini bumi yang amat rapat dengan saya oleh kerana saya belajar dekat sana hampir tujuh tahun. Saya tahu apa yang berlaku di sana. Jadi sekiranya tuan-tuan membaca surat khabar dari Metro, Utusan, Sinar Harian, Berita Harian, Berita TV1, TV2, TV3 dan lain-lain berita yang memberitahu tentang pemberontak-pemberontak di Syria, itu semua pembohong belaka. Itu semua mengarut dan itu semua juga fitnah. Mereka ini tidak tahu apa sebenar yang berlaku di Syria. Betapa zalim dan jahatnya pemerintah Syria yang membunuh puluhan ribu umat Islam di Syria. Yang pertama sekali diorang bunuh pada tahun 1982, seramai 40 ribu orang Islam Ahli Sunnah Waal Jamaah (ASWJ) dibunuh dalam tempoh sebulan sahaja. Pada zaman Hafez al-Asad yang memerintah Syria suatu ketika dahulu.

Jadi saya nak ingatkan pada tuan-tuan, jangan kita bersubahat dengan surat khabar mahupun media TV yang mengambil berita dari entah mana-mana (sumber yang tidak sahih). Lepas tu, dengan kita-kita pun kata orang Syria itu pemberontak. Berdosalah kita. 

Kita tidak tahu umat Islam di Syria pada hari ini teruk dibunuh oleh golongan-golongan yang berfahaman Syiah Alawiyah An-Nusairiah yang memang sesat. Yang disokong oleh Iran yang berfahaman Syiah Imamiyah dan disokong pula oleh tentera Hizbullah di Lubnan juga berfahaman Syiah. Ini yang berlaku di Syria."

2) Berikut pula adalah pesanan daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengenai bahaya fitnah Syiah:


"Kita tidak akan mampu menghadapi fitnah yang ditimbulkan oleh Syiah dengan hanya berbekalkan "kempen anti Syiah", jauh sekali loyar buruk, kesimpulan-kesimpulan jahil, perkaitan benda yang tidak berkait, kesimpulan-kesimpulan "home made", hasil kelakuan kail sejengkal menduga lautan.

Sebaliknya ia mesti dihadapi dengan ilmu.

Dari segi turutannya, ilmu yang mesti kukuh ialah ilmu kita tentang kepercayaan kita sendiri.

Kita beriman dengan al-Qur'an, bagaimana, apa asasnya, apa hujahnya, apa buktinya.

Kita beriman dengan Nubuwwah Nabi Muhammad S.A.W, apa asas nubuwwah baginda, bagaimana sunnahnya menjadi hujah, bagaimana ia sampai kepada kita.

Demikian juga Fiqh kita. Mengapa kita solat, bagaimana solat kita jadi seperti yang kita amalkan sekarang.

Fitnah Syiah akan membakar hangus Sunni jahil yang tidak disibukkan hidupnya menuntut ilmu dan mencari pelindung diri.

Lindungi zuriat kami dari fitnah Rafidhah, ya Allah."

3) Selesai membaca, mudah-mudahan anda sedar dengan pesanan dua Ustaz di atas dan mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T berserta dapat membezakan mana yang hak dan mana yang bathil. Insya Allah. Berikut saya ada pesanan melalui hadis Nabi S.A.W buat anda semua berkenaan dengan isu Syiah Rafidhah di Malaysia yang semakin membiak secara diam-diam kita tidak sedari. Sebelum itu, rujuk klip video Syiah Melayu di kawasan Klang, Selangor.


Ini persoalan akidah. Tengok cara mereka solat pun dah tahu yang mereka ini bukan Islam yang sejati. Kenapa mesti mereka mengada-adakan rukun solat yang sememangnya tidak wujud? Kenapa perlu Sayyidina Ali r.a diberi keutamaan? Sila rujuk hadis yang hendak diketengahkan di bawah.

Hadis pertama:
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal 56).

Hadis Kedua:
Imam Az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Sayyidina Ali r.a sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Haithami bahawa Sayyidina Ali r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: "Akan muncul di dalam ummatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam." Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadits ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah S.A.W berkata kepada Sayyidina Ali r.a: "Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun." Sayyidina Ali r.a berkata: "Aku bertanya Rasulullah S.A.W: "Apakah tanda yang ada pada mereka?" Baginda bersabda: "Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka memburukkan-burukkan para sahabat." (Imam Ibn Hajar al-Haithami, As-Sawa'iqu Al-Muhriqah, halaman 102).

Percayalah! Inilah golongan Rafidhah yang telah dimaklumkan Baginda Rasulullah S.A.W 1400 tahun yang lalu. Percayalah! Golongan ini bukan boleh ditentang melalui hujah. Ilmu hanya untuk kita meyakini apa yang kita percayai adalah kebenaran. Mereka juga bukan boleh ditentang dengan sumpah seranah kerana sumpah seranah hanya menambahkan kegelapan pada jiwa kita.

Saya ada dua klip video yang hendak dikongsikan bersama iaitu klip video pertama mengenai seorang Imam puak Syiah yang bernama Yasir al-Habib sedang membaca doa qunut dalam solat sambil melaknat para sahabat Nabi S.A.W iaitu Sayidina Abu Bakar r.a, Sayidina Umar r.a dan isteri Nabi S.A.W iaitu Sayidatina Aisyah r.a:


Klip video kedua pula adalah saat-saat Syeikh Syiah mati terkena kipas ketika menghentam sahabat Nabi S.A.W melalui ceramahnya. Perhatian! Klip video ini mengandungi unsur 18SG yang menyeramkan. Jadi kalau anda mahu tonton, sila klik Like atau klik Tweet terlebih dahulu untuk membuka (unlock) link URL klip video yang hendak dipaparkan di bawah:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. Mari bace kenyataan terkini daripada Ustaz Nazmi Karim berhubung dengan isu Syiah Melayu ---> https://www.facebook.com/Ustaz.Nazmi.Karim.Original/posts/554112741296738

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger