Searching...

Proses Pengiriman Senjata-senjata Dari Libya Ke Syria

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Qatar menetapkan proses pengiriman senjata-senjata berkapasiti besar dari Libya (dan negara-negara lainnya) kepada pasukan Mujahidin Syria melalui jalan Turki (utama) dan Jordan.

Muammar Gaddafi semasa memerintah Libya dahulu, amat gemar membeli kelengkapan ketenteraan sehingga melebihi kuota jumlah yang diperlukan oleh tentera-tentera Libya. Kebanyakannya masih elok lagi digunakan. Ada beribu-ribu kenderaan bersenjata dan pesawat-pesawat tempur bertempat di kawasan pangkalan terpencil tanpa ada yang menguruskan kawasan tersebut. Sebilangan kecil tentera Libya menjualnya ke pasaran gelap.

Sebahagian besar senjata milik Muammar Gaddafi yang tersimpan di situ, telah disita oleh Pemerintah Libya yang baru (atau pro-Pemerintah ketenteraan, yang tidak mengalihkannya ke pasaran gelap). Justeru, senjata-senjata yang telah disita di situ, dijual ke Qatar untuk dikirimkan kepada Mujahidin Syria. Pengiriman senjata-senjata tersebut secara teknikalnya adalah menyalahi undang-undang kerana boleh menimbulkan kesangsian terhadap cara senjata-senjata tersebut dikirimkan ke Syria yakni dengan cara seludup, namun Turki mencari jalan lain dengan menggabungkan senjata-senjata tersebut bersama dengan barang-barang yang lain.

Penjualan senjata Libya yang mendapat kelulusan daripada Pemerintah Libya, dibolehkan untuk menjual senjata kepada para pembeli yang sudah mendapat kelulusan terutamanya di negara arab Qatar dan di negara-negara minyak Arab yang kaya raya di mana mereka semua menyokong perjuangan Mujahidin Syria.

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger