Searching...

Rahsia Disebalik Fokus Hanya Pada Penyelesaian Bukan Pada Permasalahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Individu yang [positif] menggunakan masa dan tumpuan mereka kepada penyelesaian, bukan pada permasalahan. Semua orang boleh lihat masalah, tetapi orang yang berjaya sahaja mampu melihat jalan penyelesaiannya. Anda pernah berjumpa dengan orang yang asyik mengeluh dan merungut berkenaan dengan masalah. Tak habis-habis dengan masalah, masalah dan masalah. Sekejap berasa sakit, sekejap berasa ditipu dan sekejap berasa bosan. Bagaimana keadaan mereka? Adakah mereka adalah orang yang berjaya? Oh, tidak sama sekali. Mereka adalah orang yang gagal sebelum gagal yakni sudah pulang sebelum pergi atau dalam istilah lain, sudah menyerah kalah  terlebih dahulu sebelum pergi berperang! Perlu diingatkan:

"Kebanyakan pencapaian hebat di dunia ini adalah sesuatu yang dianggap mustahil (masalah) sebelum dilaksanakan."

Saya hendak kongsikan tentang permasalahan yang telah dialami ramai orang. Ramai yang menghadapi masalah tetapi tidak mencuba untuk mengatasinya. Sebaliknya lebih suka memikirkan tentang masalah yang sedang mereka hadapi itu. Kesannya, fikiran mereka akan berterusan menjadi rungsing.



Gambaran di atas hanyalah sekadar hiasan, tapi mungkin ada maksud tersendiri

Jika anda sedang berdepan dengan masalah kewangan, apa yang harus anda lakukan? 
Jangan biarkan masalah wang menyelubungi hidup anda, maka cubalah untuk mencari jalan penyelesaian.

Masalah jika difikirkan sebagai masalah, maka tiada gunanya. Sebaliknya orang yang berjaya akan fikirkan jalan penyelesaian kepada permasalahan. Fikirkan jalan penyelesaiannya, dan bukan pada permasalahan itu.

Sebagai contoh, anda ada masalah rumah tangga. Jadi, anda perlu kaji dan lihat kenapa perkara tersebut boleh berlaku?

Adakah kerana tabiat dan sikap anda yang degil dan tidak suka bertolak ansur dengan pasangan anda ataupun pasangan anda berperangai sedemikian? Adakah kerana tingkah laku anda di luar perbatasan dalam perhubungan rumah tangga atau sekadar mahu pertahankan hak status anda? Adakah anda lebih mengutamakan kemahuan diri anda sendiri lebih daripada keperluan pasangan anda?

Dah dapat cari jawapannya, maka cari penyelesaiannya pula. Bertanya, berkongsi pendapat/permasalahan dengan pasangan anda dan dapatkan ilmu pengetahuan yang baru daripada penasihat anda untuk anda ubah ke arah [positif] bersama-sama dengan pasangan anda dalam hubungan rumah tangga. Terdapat terlalu banyak jawapan kepada permasalahan rumah tangga ini. Namun perlu berhati-hati, jangan pula terperangkap dengan tipu daya dan helah hasutan syaitan yang anda kurang peka dan kurang sedari. Seperti contoh, perkara kecil (masalah kecil) adakah perlu dibesar-besarkan?


Jadi, langkah terbaik dapatkan sumber rujukan daripada mereka yang telah berjaya dalam hubungan rumah tangga. Setakat itu sahaja contoh permasalahan dan penyelesaian tentang apa yang telah saya nyatakan di atas sebentar tadi berkenaan dengan hubungan rumah tangga. Masalah seperti kewangan dan lain-lain, anda boleh rujuk kepada mereka yang telah lalui banyak situasi pengalaman. Anda juga boleh lihat dan pantau mereka yang telah berjaya di sekitar anda.

Jumpa mereka dan belanja mereka makan. Ketika makan anda boleh mula bertanyakan tentang kejayaan hidup mereka. Ingat, pilihlah dalam kalangan mereka yang telah benar-benar berjaya, dan jangan bertanya kepada mereka yang nampak macam berjaya, tetapi hakikatnya masih senasib dengan orang yang kurang upaya dalam penyelesaian. Bukan orang kurang upaya dari segi kecacatan fizikal tu! Haisshhh! Ke situ pulak dah! Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger