Searching...

Rahsia Disebalik Kemampuan Melihat Peluang Dalam Setiap Keadaan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Peluang selalunya datang di celah-celah kesusahan mahupun kepayahan. Peluang bukan terhasil daripada untung nasib ataupun kedudukan, tetapi ia terhasil daripada sikap kita yang positif. Suatu keadaan yang sama dilihat secara berbeza oleh dua orang yang berlainan. Contohnya, ketika ramai pendatang izin atau tanpa izin melihat peluang mencari rezeki yang begitu banyak di Malaysia, ada sesetengah anak pribumi yang menganggur di tanah air sendiri. Oleh itu, ingatlah:

"Peluang bukan untuk dinanti tapi mesti dicari!"


Anda pernah dengar cerita tentang dua orang penjual kasut di sebuah pulau yang penduduknya tidak berkasut? Salah seorang daripada dua orang itu melihat keadaan itu sebagai peluang keemasan kerana tidak ada persaingan dengan penjual kasut yang lain, manakala salah seorang lagi merasakan tidak ada harapan kerana tidak ada seorang pun daripada penduduk pulau itu yang memakai kasut! Jadi, antara dua orang penjual kasut itu, yang mana satu pilihan anda? Renung-renungkanlah. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. alhamdulilah ..suka entry nie... peluang perlu di cari ..betul tu

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger