Searching...

Rahsia Disebalik Kuih yang Jarang Kita Dengari

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rahsia yang hendak saya kongsikan ini, perlulah diambil pengajarannya untuk disematkan menerusi pandangan [mata hati] kita agar kita peka terhadap sesuatu perkara yang kita anggap remeh, tetapi mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Rahsia disebalik kuih ini merupakan satu perkongsian yang jarang kita dengari. Oleh itu, sama-sama kita hayati perkongsian ini. 

Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita akan tahu apa nama kuih, warna dan bentuknya. Itu pandangan mata biasa. Bagaimana pula jika kuih dipandang dengan pandangan akal? Ini adalah pandangan pakar-pakar pembuat kuih (chef atau pakar masakan). Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan penelitian. Dengan itu mereka mampu menganalisis.

Misalnya, adakah kuih itu seimbang dari segi bahan-bahannya, ketepatan mengadunnya, kemahiran menguli dan membakarnya? Pakar-pakar masakan ini mempunyai ilmu yang cukup untuk mengkaji akan kesilapan (jika ada) dan ketepatan pembuatan kuih tersebut.

"Inilah kelebihan pandangan akal berbanding pandangan mata biasa."

Lain pula gayanya bagi orang yang memandang kuih itu dengan pandangan nafsu. Mereka ini tidak ambil kisah langsung tentang bentuk, nama atau cara pembuatan kuih itu. Yang penting, makan dahulu. Hingga disebabkan kegelojohannya, dia tidak sempat hendak bertanya pada sesiapa pun yang empunya pembuatan kuih itu. Inilah buruknya pandangan nafsu seseorang. Yang dipentingkan hanyalah kesedapan dan keseronokan sahaja.

Bagaimana pula bagi orang yang melihat kuih dengan pandangan [mata hati]? Melihat dengan pandangan [mata hati] akan menyebabkan kita seolah-olah dapat melihat si pembuat kuih tersebut. Katalah, anda sedang berada di luar negara. Apabila tiba musim Hari Raya, anda mendapat kiriman bungkusan dari kampung halaman anda. Apabila bungkusan itu dibuka dan anda melihat kuih yang ada di dalamnya, dengan tidak semena-mena air mata anda mengalir. Apabila terlihat sahaja kuih, hati anda terasa sedih. Kenapa ya?


Ya, kerana anda terbayang wajah ibu anda (si pembuat kuih) disebalik kuih itu. Anda terkenangkan kasih sayang, keprihatinan, kelembutan dan segala-galanya yang baik daripada ibu anda. Pandangan itu menjangkau sesuatu yang lebih bererti bukan sekadar pada tulang, daging dan urat ibu kita, tetapi pandangan itu menjurus kepada yang lebih maknawi iaitu budi, kasih dan sayangnya.

"Tanyakan hati kita, manakah pandangan yang lebih tepat dan murni? Sudah pasti hati kita akan menjawab, itulah pandangan mata hati!"

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger