Searching...

Rahsia Kelakuan Manusia Dengan Merujuk Pada Theory of Iceberg

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekiranya seseorang itu mahu berubah daripada sikap negatif kepada positif, maka hati, akal dan nafsunya mestilah diubah terlebih dahulu. Dan apabila ketiga-tiga unsur ini dapat diubah, maka berubahlah sikap manusia itu. Ini kerana manusia seharusnya perlu dibentuk dari dalam ke luar (inside to outside). Sila rujuk entri lepas yang bertajuk, [Ubah Tiga Elemen Dalaman Yakni Hati, Akal Dan Nafsu] dan [Setuju Tak Jika Hati, Akal dan Nafsu Menjadi Komponen Penting Dalam Diri?].

Menurut kajian psikologi, mekanisme kelakuan manusia boleh diumpamakan sebagai sebuah iceberg (theory of iceberg) yang mana terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian (atas) yang kelihatannya lebih kecil di permukaan laut, manakala satu lagi bahagian (bawah) yang lebih besar terpendam di dalam laut. Inilah yang dikatakan rahsia kelakuan manusia. Sila rujuk pada gambar di atas.

Bahagian yang tidak kelihatan itu mengandungi elemen-elemen yang lebih asas (fundamental). Seperti [soal keyakinan (belief)], pandangan (worldview) atau mind-set, sistem nilai dan [sikap (attitude)]. Untuk mengubah persepsi, maka elemen-elemen itu terlebih dahulu mesti ditangani. Dalam Islam, soal keyakinan ini merujuk terus kepada keimanan. Individu beragama Islam wajib meyakini Allah S.W.T sebagai Tuhan individu tersebut sebagai hamba-Nya.

Keyakinan yang mantap akan membentuk pandangan (mind-set) yang tepat. Inilah yang dinamakan pandangan berasaskan tauhid (tawhidic mind-set). Dengannya, seseorang akan melihat, menilai dan merasai segala-galanya dengan kesedaran bahawa adanya Tuhan Yang Maha Berkuasa.

"Seseorang itu tidak akan merujuk pandangannya hanya kepada hati, akal dan emosinya sendiri. Tetapi hati, akal dan emosi itulah yang akan dirujuk terus kepada Tuhan yang menciptanya."

Pandangan berasaskan tauhid (tawhidic mind-setini seterusnya akan membentuk sistem nilai berasaskan syariat. Nilai ialah kepercayaan tentang apa yang betul, baik atau benar dalam hidup. Apabila sesuatu nilai itu benar, betul dan tepat, maka segala yang kita lihat (mata hati), fikir (akal) dan rasa (emosi) akan diberi nilai yang benar, betul dan tepat juga. Justeru, sistem nilai dalam Islam adalah tepat, jelas dan kekal berbanding sistem nilai yang lain kerana ia berasaskan wahyu.

Sistem nilai dalam Islam berpandukan kepada apa yang Allah S.W.T tentukan sama ada dalam bentuk suruhan atau larangan, suka atau benci. Ini juga disebut sebagai pahala dan dosa, makruf atau mungkar, mahmudah atau mazmumah, halal atau haram. Inilah dia tempoh rujukan (term of reference) dalam kehidupan seorang yang Muslim.

Tanpa nilai yang dirujuk kepada Tuhan, maka manusia akan merujuk sistem nilainya kepada masyarakat dan suasana persekitaran. Jika semua orang melakukannya, itu sudah tentu benar.

"Baiklah, itu yang digambarkan melalui kajian psikologi. Tetapi secara mudah, seperti yang saya nyatakan pada entri sebelumnya, bahagian bawah (dasar) daripada iceberg adalah kelakuan manusia yang terletak pada hati, akal dan nafsu."

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger