Searching...

Revolusi Atau Evolusi?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Gambar di atas merujuk kepada Revolusi Russia

Sesetengah ahli sejarah ada mengatakan, perubahan yang dicetuskan oleh Islam itu berlaku secara evolusi kerana ia berlaku secara rela dan semulajadi tanpa ada wujudnya unsur-unsur desakan dan paksaan apalagi pertumpahan darah sepertimana yang berlaku dalam revolusi-revolusi besar dunia. Revolusi Perancis dan Russia misalnya, telah mencatatkan angka korban yang sangat ramai berbanding revolusi Islam yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Namun sesetengah pengkaji sejarah tetap mengatakan bahawa perubahan yang dicetuskan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah suatu revolusi, bukan evolusi. Ini kerana ia berlaku dalam jangka masa yang sangat singkat tetapi memberi kesan yang sangat besar dan menyeluruh. Bayangkan, dalam masa yang singkat itu, pemuka-pemuka Arab yang begitu ego seperti Amru al-Ash, Abu Sufian Harb, Khalid Ibnu al-Walid dan lain-lain lagi sanggup meletakkan dahi ke tanah untuk sujud menyembah Allah S.W.T. Sedangkan sebelum mereka memeluk agama Islam, menunduk untuk mengambil cemeti kuda yang terjatuh pun mereka tidak mahu (kerana terlalu ego).

Seperkara lagi, perubahan yang dihasilkan oleh Islam adalah perubahan tanpa kesan sampingan (no side-effect), bersifat bersepadu (integrated) dan  secara menyeluruh (holistic). Islam misalnya, telah berjaya melahirkan individu seperti Saiyidina Umar r.a yang bukan sahaja seorang pemimpin terkenal yang takut kepada Allah S.W.T, bahkan beliau juga sangat produktif dan progresif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sesama manusia.

Ketika ditanya mengapa sedikit sekali beliau tidur pada malam hari, maka beliau menjawab, "Aku takut urusanku dengan Tuhanku tidak selesai." Ketika ditanya mengapa dia kurang tidur pada siang hari pula, beliau menjawab, "Aku takut urusanku dengan manusia tidak selesai."

Jelas sekali, perubahan yang dilakukan oleh Islam terhadap manusia adalah perubahan yang bersifat bersepadu iaitu berhubung dengan Allah S.W.T dan dengan sesama manusia, pembangunan material dengan spiritual, dunia dengan akhirat. Perubahan itu tidak bersifat berat sebelah atau pincang.

Islam tidak menghasilkan generasi rahib (ahli ibadah) yang akrab dengan Tuhan, tetapi membelakangkan tanggungjawab sesama insan. Islam tidak menghasilkan umat yang hanya maju di bidang material dan pembangunan fizikal, tetapi miskin akhlak dan budi.

"Jadi, tidaklah hairan jika the unique generation of al-Qur'an pimpinan Rasulullah S.A.W itu berjaya mendapat keredhaan Allah S.W.T, di dunia dan di akhirat."

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger