Searching...

Rupa Sebenar Diri Kita Di Hadapan Cermin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sebenarnya diri kita boleh dilihat melalui empat pandangan. Tetapi saya hendak nyatakan di sini cuma tiga pandangan sahaja sebab dengan tiga pandangan inilah sering kali kita lakukan. Inilah rupa sebenar diri kita di hadapan cermin. Cuba bayangkan, kita berada di hadapan cermin. Apabila kita memandang dengan pandangan biasa (hari-hari kita memandangnya begitu), maka kita akui itulah rupa diri kita. Kemaskan rambut, betulkan tudung atau rapikan baju lalu kita pun berlalu. Jadi, itulah pandangan mata biasa. Tetapi ada orang yang melihat dirinya dengan pandangan akal. Bagaimana?

Dengan akal fikiran, berlakulah analisa diri sendiri terhadap wajah yang dipantulkan oleh cermin. "Ah, semakin tembam rupanya aku ini!" Atau, "Wah, semakin putih wajahku... ^_^..." Atau, "Oh, sudah nampak garis-garis kedutan halus di tepi mata... ~_~..." Begitulah hasil analisa akal menerusi pandangannya. Hasil daripada pandangan itu, maka kita pun bertindak dengan mengurangkan berat badan, membetulkan kedudukan pakaian, menggunakan barangan kosmetik untuk merawat wajah atau berazam untuk memulakan diet dan senaman.

Diri kita juga boleh dilihat dengan pandangan nafsu. Katalah, kita masih berada pada usia muda (remaja). Muda hanya sekali, begitulah bisikan daripada pandangan nafsu. Jangan sia-siakan peluang yang datang hanya sekali untuk kali ini. Maka nafsu yang sentiasa merangsang kepada kejahatan ini akan memberi nasihat ke arah kejahatan. Mana lagi kalau tak ke disko, dangdut, gedung-gedung besar, dan tempat-tempat berpelesiran yang belum didatangi? Tunggu apa lagi, ayuh pergi! Begitulah pandangan nafsu oleh orang-orang muda. Wallahua'lam. Sekadar renungan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger