Searching...

Sesetengah Orang Masih Belum Menyedari Peranan Bagi Tiga Elemen Ini...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tiga Elemen inilah yang membangun diri manusia dengan kelakuan masing-masing. Tetapi sesetengah orang masih belum menyedari peranan bagi tiga elemen ini. Di antara ketiga-tiga elemen ini seperti mana yang telah saya terangkan dalam entri lepas yang bertajuk, [Ubah Tiga Elemen Dalaman Yakni Hati, Akal Dan Nafsu], hati adalah yang paling kuat dan besar pengaruhnya. Ia ibarat pemimpin bagi diri manusia. Jika pemimpin "hati" itu baik, maka baiklah kelakuan melalui anggota tubuh badan manusia itu. 

Secara mudah, jika ada seseorang yang suka menolong orang lain, maka kita akan berkata padanya, "Baiknya hati awak." Kita tidak akan berkata padanya, "Baiknya tangan awak."

Sebaliknya, jika ada orang yang suka memukul atau menendang orang lain, kita tidak akan berkata padanya, "Jahatnya tangan awak." Kita akan berkata padanya, "Busuknya hati awak."

"Walaupun tangan yang suka menolong orang lain, hati juga yang dapat nama. Walaupun tangan yang suka memukul orang lain, hati juga yang kena cerca. Sebab kenapa? Sebab hatilah yang menjadi pemimpin dalam diri manusia!"

Pihak berkuasa sering berpesan, berhati-hatilah di jalan raya. Tidak pernah kita dengar, berakal-akallah di jalan raya. Apatah lagi untuk kita mendengar pesanan, bernafsu-nafsulah di jalan raya. Jika dibuat perumpamaan hubungan hati, akal dan nafsu, bolehlah disifatkan sebagai pemandu, konduktor dan penumpang dalam sebuah bas tambang.

Yang terbaik, hati mesti diletakkan sebagai pemandu, akal sebagai konduktor, manakala nafsu sebagai penumpang. Maka dengan itu, bas tersebut akan dipandu dengan baik dan selamat. Sebaliknya, jika nafsu menjadi pemandu, akal sebagai konduktor dan hati sebagai penumpang, alamatlah akan punah binasa bas itu! Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger