Searching...

Setuju Tak Jika Hati, Akal dan Nafsu Menjadi Komponen Penting Dalam Diri?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Adakah anda setuju jika saya mengatakan bahawa hati, akal dan nafsu menjadi komponen penting dalam diri kita? Kebanyakan manusia yang baik (kategori kuat pegangan agamanya), masih boleh menerima hati dan akal, tetapi mereka tidak mahu menerima nafsu menjadi sebahagian komponen diri mereka. Kenapa mereka mempunyai persepsi sedemikian? Apa yang tak kena dengan nafsu sehinggakan mereka menolak daripada menjadikannya sebahagian daripada fitrah manusia? Oleh itu, mari kita rujuk kepentingan hati, akal dan nafsu dalam diri manusia.

Hati bolehlah diumpamakan sebagai Perdana Menteri dalam kabinet kerajaan diri bagi seseorang manusia. Sebagai Perdana Menteri, hati membuat keputusan dan mengeluarkan perintah untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh menteri-menterinya yang terdiri daripada seluruh anggota badan untuk menggerakkan jentera-jentera kerajaan diri.


"Rasulullah S.A.W dalam sebuah sabdanya ada menegaskan bahawa jika hati baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan begitulah sebaliknya."

Daripada al-Nu'man Bin Basyir bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Ketahuilah dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baikah seluruhbanggota badannya. Jika jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah, daging itu ialah hati." [Riwayat al-Bukhari, al-Jami' al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no. 52].

Namun Perdana Menteri (hati) mendapat nasihat daripada setiausaha sulitnya. Setiausaha sulit dalam diri manusia ialah akal. Akallah yang memberikan input untuk hati membuat keputusan dan arahan. Sepertinya akal memberi nasihat dan petunjuk (guide) kepada hati untuk melakukan yang terbaik buat diri seseorang manusia itu. Jadi untuk mengubah sikap, tidak cukup dengan hati yang baik sahaja, tetapi akal yang menasihatinya juga mestilah baik. Jika tidak, akal memberi input-input jahat kepada hati. Kata orang: "Berfikir itu pelita hati."

Dalam diri manusia ada nafsu yang mana secara tabi'inya (semulajadi) memang jahat. Nafsu merupakan musuh dalam diri seseorang manusia itu. Jika tidak dikawal dan dilatih, maka hati boleh dikotori manakala akal boleh dikuasai oleh nafsu. Walaupun begitu, nafsu tidak boleh dihapuskan. Ia hanya perlu diuruskan. Ia adalah sebahagian daripada diri manusia yang sangat penting untuk kelangsungan hidup.


"Apa akan jadi kalau nafsu makan tidak ada? Kita tidak akan ada tenaga untuk bekerja. Apa akan jadi kalau nafsu seks tidak ada? Zuriat akan terhenti, generasi akan terhapus."

Jadi, nafsu diperlukan dan ia sememangnya fitrah manusia (penting). Tapi cabaran buat kita ialah bagaimana hendak mendidik, melatih dan menguruskannya. Inilah yang diperingatkan oleh Imam Ghazali yang mengumpamakan nafsu sebagai kuda liar. Jika mampu dijinakkan, maka ia akan menjadi kuda tunggangan yang baik. Tetapi jika sebaliknya pula, kuda itu akan melenting dan menendang tuannya. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger