Searching...

Sikap Buruk Begitu Sukar Diubah Berbanding Gunung, Lautan dan Bentuk Muka Bumi yang Lain

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada zaman ini, jika dikatakan bukit atau gunung telah berubah, maka dengan mudah kita mempercayainya berbanding jika dikatakan seseorang itu telah berubah. Dengan teknologi, kita mampu menarah/meratakan gunung, menambak lautan dan menimbus sungai. Namun kita masih lagi berhadapan dengan masalah untuk memperbaiki akhlak manusia.

"Bukit boleh berubah, tetapi hati manusia tidak semudah itu. Jika bukit boleh ditarah/diratakan dengan menggunakan bom dynamite dan buldozer, tetapi hati manusia yang rakus lagi angkuh begitu sukar sekali hendak dilentur mahupun diubati."

Namun begitu, sikap bukanlah sesuatu yang mustahil untuk diubah. Jika kena pada formula dan caranya, maka ia boleh diubah. Bagaimana hendak mengubah sikap? Pelbagai kaedah telah pun dibuat dan ada pula yang sedang dibuat bagi mengubah sikap manusia. Namun sebagai umat Islam, kita yakin bahawa Islam mempunyai kaedahnya tersendiri untuk mengubah sikap manusia.

Kaedah Islam bukan bersifat try and error, tetapi ianya mutlak dan terjamin kejayaannya. Islam datang daripada Allah S.W.T, Tuhan yang mencipta manusia. Maka sudah pasti Allah itu Maha Arif tentang bagaimana hendak mengubah sikap manusia.

Kaedah ini datangnya secara terus (direct) daripada Allah S.W.T dan disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bahkan kedatangan para Rasul, khususnya Nabi Muhammad S.A.W adalah bertujuan untuk mengubah sikap manusia daripada yang buruk kepada yang lebih berakhlak mulia dengan merujuk hadis berikut. 

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق


Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak." (Riwayat al-Hakim, Muhammad Bin Abdullah, al-Mustadrak ala al-Sahihain, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, 1990, jil. 2, hlm. 670, no. 4221. Dihukumkan sahih oleh al-Zahabi dengan syarat Muslim).

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger