Searching...

Ubah Tiga Elemen Dalaman Yakni Hati, Akal Dan Nafsu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Apakah kunci kejayaan Islam dalam mengubah sikap manusia? Bagaimana sikap manusia itu boleh diubah dengan cara diubat? Allah S.W.T telah menjelaskan perkara ini melalui firman-Nya:

 إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd ayat 11).

Perkataan "apa yang ada pada diri mereka" dalam terjemahan ayat al-Qur'an di atas merujuk kepada elemen-elemen dalaman manusia. Elemen-elemen itu ialah akal, hati dan nafsu. Tiga elemen inilah yang membentuk sistem nilai, keyakinan, paradigma (pola pemikiran),  pandangan (worldview), seterusnya tingkah laku dan sikap seseorang. Ini bermakna, untuk mengubah sikap, kita perlu terlebih dahulu mengubah akal, hati dan nafsu.

Inilah rahsia kejayaan Rasulullah S.A.W dalam mengubah sikap orang Arab jahiliah. Walaupun umat Arab jahiliah ketika itu sedang berdepan dengan kegawatan politik perkauman (kaum Aus dan Khazraj bertelagah), kegawatan ekonomi (dimonopoli oleh kaum Yahudi) dan kegawatan sosial (zina, rogol, minum arak dan membunuh anak perempuan menjadi tradisi), tetapi Rasulullah S.A.W tidak mengubat "penyakit-penyakit" itu pada akibat-akibatnya, sebaliknya baginda terus mengubati puncanya.


Baginda yakin bahawa kegawatan-kegawatan yang bersifat lahiriah itu adalah hasil daripada sakitnya tiga elemen dalaman yakni akal yang jahil, hati yang keras dan nafsu yang liar. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger