Searching...

Aisha Canlas Sering Bertanya, Benarkah Wajah Dalam Gambar Ini Merupakan Wajah Tuhan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kisah yang saya hendak ceritakan ini adalah mengenai seorang perempuan yang pada asalnya beragama Kristian dan menetap di Manila, Filipina pada sekitar tahun 2008. Walaupun kisah ini adalah kisah lama, dengan harapan bahawa boleh memberikan kesedaran bagi kita umat manusia baik yang beragama Islam mahupun yang beragama lain. Maka dengan itu, kita akan dapat pencerahan bahawa seseorang itu dikurniakan hidayah dari Allah S.W.T dengan cara ianya mencari, bukan tunggu hidayah itu datang seru. Oleh itu, silakan membaca sampai habis. Khas buat non-muslim.

Aisha Canlas, adalah seorang penganut Katolik sebelum dirinya menjadi seorang Muslimah. Kedua orang tuanya juga penganut Katolik, namun ketika itu beliau menjadi anggota persatuan gereja yang berbeza dengan gereja bagi kedua orang tuanya. Namun mereka sama-sama berdoa di depan gambar seorang lelaki yang diyakini sebagai Tuhannya bagi umat Kristian. Saat itu, Canlas sering bertanya, benarkah wajah dalam gambar ini merupakan wajah Tuhan? Bagaimana seseorang itu boleh mengenali rupa bentuk wajah Tuhan? Adakah mereka pernah bertemu di hadapan Tuhan?

Dari belah lain, Canlas selalu merasakan ketenangan dan kedamaian ketika beliau mendengar suara azan dari sebuah masjid di kota Manila, Filipina. "Saya selalu memejamkan mata dan merasakan ketenangan di hati walaupun saya tidak tahu apa maksud yang tersirat dalam kata-kata laungan azan itu. Suara azan seperti suara muzik berirama di hati saya," tutur Canlas. Tetapi pada ketika itu, beliau sama sekali belum terfikir untuk memeluk agama Islam.

Canlas akhirnya merantau ke Arab Saudi untuk bekerja, dengan harapan boleh memberikan masa depan yang lebih baik untuk dirinya dan keluarganya. Sebelum berangkat ke Arab Saudi, Canlas telah mempelajari banyak perkara tentang Arab Saudi untuk menghindari kejutan budaya akibat perbezaan budaya dan bagi memudahkan beliau bergaul di negara tempat beliau bekerja.

"Saya belajar mengenai budaya, dan juga mengenai negara Arab Saudi secara keseluruhannya, mulai dari bahasa, adat, budaya dan sudah tentu agamanya saya sertai sekali. Dan saya mulai tertarik dengan agama Islam dan ingin lebih tahu dengan banyak lagi mengenai agama Islam," ujar Canlas.

Beliau mengakui bahawa prosesnya untuk masuk Islam adalah cukup panjang. Beliau juga sering bertanyakan kepada kebanyakan doktor di tempat kerjanya mengenai agama Islam. Kemudian Canlas mengetahui bahawa ada sebuah madrasah di persekitaran tempat kerjanya dan beliau memutuskan untuk ikut mendaftarkan diri di madrasah tersebut lalu memulakan mengikuti pelajaran di madrasah itu bersama seorang sahabat dan rakan sebiliknya pada 17 Januari 2008.

"Pada awalnya, saya menjadi tepat perhatian, kerana saya adalah orang baru di dalam kelas madrasah itu dan juga satu-satunya penganut Kristian yang duduk bersama mereka. Saya mendengarkan apa yang disampaikan oleh guru kami mengenai Islam, al-Qur'an, Rasulullah S.A.W dan Allah S.W.T," ujar Canlas.

"Sejak itu, saya mula untuk memahami agama Islam. Kemudian saya meminta izin pada ibu saya di Filipina agar memberikan restu kepada saya untuk berpindah agama daripada seorang penganut Katolik menjadi seorang Muslimah," sambung Canlas.

Sungguh beruntung bagi Canlas bahawa beliau tidak menghadapi bantahan daripada ibunya sendiri. Menurut Canlas, ibunya cuma bimbang ketika beliau masuk Islam, maka beliau akan melupakan ibu bapanya. Canlas menerangkan kepada ibunya bahawa seseorang Muslim sangat menghormati akan kedua orang tuanya, terutama ibu.

Canlas mengucapkan dua kalimah syahadah pada 24 Januari 2008 lalu di hadapan guru dan siswa-siswa madrasah lainnya. Canlas mengakui bahawa beliau tidak menyatakan seperti apa perasaannya pada masa itu. "Yang saya tahu, selepas selesai saya bersyahadah, saya merasakan hati saya terlepas daripada pelbagai beban. Saya merasakan kedamaian yang selama ini saya cari dalam kehidupan ini. Menjadi seorang Muslimah sungguh sangat berbeza rasanya," kata Canlas.

Canlas mengatakan bahawa beberapa sahabatnya ada bertanyakan kepadanya, mengapa beliau memeluk agama Islam? Maka beliau pun menjawab bahawa tidak ada seorang atau sesuatu yang patut disembah melainkan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W adalah utusan-Nya.

"Beberapa orang di antara mereka ada yang mengatakan bahawa saya mengkhianati agama saya sendiri yang dahulunya yakni Katolik. Tetapi, jauh dari dalam lubuk hati saya mengatakan bahawa itu sama sekalinya tidak betul," tegas Canlas.

Berbahagialah Canlas kerana sebagai seorang Mualaf, beliau sudah boleh menunaikan ibadah umrah pada bulan Mac lepas. Baginya, pengamalan ibadah umrah adalah pengalaman yang istimewa buatnya dan beliau sama sekali tidak dapat melupakan pengalaman tersebut.

"Saya berharap dan berdoa pada Allah S.W.T agar saya boleh meyakinkan keluarga saya untuk memeluk agama Islam seperti saya juga. Saya ingin mereka selamat daripada bakaran api neraka pada Hari Kiamat kelak," kata Canlas dengan penuh harapan.

Wallahua'lam. Sumber dari Era muslim.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger