Searching...

Anda Berpeluang Untuk Bertaubat Dengan Mencuba Kaedah Begini, Insya-Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Manusia diberi kesempatan untuk memperbaiki dirinya sendiri dengan bertaubat daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan mereka dihumban ke dalam neraka. Taubat yang dilakukan haruslah secara menyeluruh, yang dikenali sebagai taubat nasuha. 

Anda berpeluang untuk bertaubat dengan mencuba kaedah begini iaitu dengan menghayati sabda Rasulullah S.A.W berserta dalil-dalil dari Al-Qur'an seperti di bawah yang terbukti boleh diibaratkan seperti pinggul kita tidak selama-lamanya terlekat di atas kerusi yang selesa akibat daripada kemalasan kita semua. Dengan kemalasan kitalah sebenarnya boleh memotivasikan diri kita ke arah perubahan yang drastik kesan daripada penghayatan kita terhadap Al-Qur'an dan As-Sunnah ajaran Ahli Sunnah Waal Jamaah:

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Setiap anak Adam (manusia) berbuat kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah bertaubat." [HR At-Tirmidzi no. 2499 dan dihasankan oleh Al-Albani dalam Shahih al Jami' Ash Shaghir, no. 4391].

"Seandainya hamba-hamba Allah tidak ada yang berbuat dosa, sudah tentulah Allah akan menciptakan makhluk lain yang berbuat dosa kemudian mengampuni mereka." [HR Al-Hakim, hal 4/246 dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah Shahihah, no. 967].


Jangan malu untuk bertaubat. Sesungguhnya dengan bertaubat, kita dapat membersihkan hati kita daripada noda dan dosa yang mengotorinya. Sebab dengan perbuatan dosalah hati kita ternoda. Oleh itu, langkah pembersihan merupakan suatu kewajipan bagi diri kita.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya seorang mukmin bila berbuat dosa, maka akan timbul satu titik noda hitam di hatinya. Jika ia bertaubat, meninggalkan perbuatan tersebut, dan memohon keampunan kepada Allah, maka hatinya kembali bersih. Tetapi bila menambah perbuatan dosa, maka bertambahlah lagi noda hitam tersebut sampai memenuhi hatinya. Maka itulah 'Ar-Raan' (mata hati) yang telah disebutkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan". [Surah Al-Muthaffifin ayat 14]." [HR Ibnu Majah, no.4244].

Allah menganjurkan kita untuk segera bertaubat dan beristighfar kepada-Nya. Allah S.W.T berfirman:

فَإِن يَتُوبُواْ يَكُ خَيْراً لَّهُمْ وَإِن يَتَوَلَّوْا يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ عَذَاباً أَلِيماً فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمَا لَهُمْ فِي الأَرْضِ مِن وَلِيٍّ 

وَلاَ نَصِيرٍ

Maksudnya: "Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong." [Surah At-Taubah ayat 74].


Allah juga menganjurkan kita agar ikhlas (tidak berpura-pura) dalam melaksanakan taubat kepada-Nya. Allah S.W.T berfirman:

إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَاعْتَصَمُواْ بِاللّهِ وَأَخْلَصُواْ دِينَهُمْ لِلّهِ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللّهُ الْمُؤْمِنِينَ 

أَجْراً عَظِيماً

Maksudnya: "Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar." [Surah An-Nisa' ayat 146].

Rasulullah S.A.W sendiri banyak bertaubat  dan beristighfar, sehingga para sahabat menghitungnya sebanyak lebih 100 kali dalam suatu majlis, sebagaimana Nafi' Ibnu Umar telah menyatakan:

"Ibnu Umar pernah menghitung (bacaan istighfar) Rasulullah S.A.W dalam suatu majlis sebelum bangkit 100 kali yang berbunyi: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengampun." [HR At-Tirmidzi, no. 3434].

Sudah berniat untuk bertaubat? Tetapi belum terbuka pintu hati lagi? Maka dengan itu, saya mempersembahkan satu lirik lagu yang bertajuk, "Taubatan Nasuha" yang dinyanyikan oleh band Indo yang bernama, Dadido. Khas buat mereka-mereka yang betul-betul berniat hendak bertaubat, tapi masih belum juga terbuka pintu hatinya atau seperti, masih juga berat-berat lagi pinggul mereka hendak bangun daripada kerusi yang selesa. Insya-Allah, dengan menghayati lirik lagu berkenaan, maka anda akan berupaya untuk maju sekurang-kurang setapak ke hadapan untuk bertaubat dengan taubat nasuha. Sila hayati lirik lagunya dahulu:

Aku bersimpuh di hadapanMu
Aku bersujud mohon ampunMu
Setelah semua yang ku lakukan
Selama ini ku melupakanMu

Kini saatnya aku kembali
Ampuni aku Allahu ya Robbi
Taubat nasuha kan ku jalani
Ku serahkan hidupku di jalanMu

Kini aku kembali padaMu, ampuni aku ya Robbi
Terlalu lama aku tersesat dalam hidup melupakanMu
Dan aku kembali padaMu, ampuni aku ya Robbi
Ku bersujud padamu, ampuni aku Allahu ya Robbi

Ampuni aku, ampuni aku, Allahu ya Robbi

Tuntunlah aku, tunjukkan jalan
Hingga ragaku semuanya beriman
Di sajadahku sesal berlinang
Terimalah taubatku oh Tuhanku

Kini aku kembali padaMu, ampuni aku ya Robbi
Terlalu lama aku tersesat dalam hidup melupakanMu
Kini aku kembali padaMu di sisa akhir hidupku
Ku bersujud padaMu, ampuni aku Allahu ya Robbi

Aku kembali, ampuni aku, Allahu ya Robbi.

Selepas anda menghayati lirik lagu di atas, saya tidak akan menghampakan anda dengan menyajikan klip video lagu seperti di atas untuk anda hayati. Irama lagu tersebut tersangatlah romantik untuk dihayati, diibaratkan seperti anda terawang-awangan hendak menuju ke Syurga Allah S.W.T kesan daripada penghayatan anda yang betul-betul ikhlas hendak berubah ke jalan Allah S.W.T. Insya-Allah. Sila saksikan lagu yang betul-betul menusuk di kalbu anda sebentar lagi. Sehinggakan anda tidak sedar bahawa air mata anda tiba-tiba sahaja mengalir ketika menghayati lagu ini. Saya pernah mengalaminya, itu pasal saya beritahu anda di sini:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger