Searching...

Apakah Tanda Bagi Semua Ini?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selepas Mesir melalui Presidennya yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya pada tahun lalu, iaitu Dr Mursi bersikap tegas dalam isu Syria, lalu satu tindakan jahat telah dirancang untuk menjatuhkan beliau.

Tindakan jahat yang dilakukan oleh tentera yang bersekongkol dengan parti sekular menjadikan kini Mesir mempunyai dua presiden. Presiden yang dipilih oleh rakyat iaitu Dr Mursi dan satu lagi presiden yang menjadi boneka musuh.

Apabila mengulas berkenaan presiden Mesir, Dr Mursi yang merupakan seorang pemimpin Islam yang banyak membantu dunia Islam khususnya di Syria, TV3 menggelarkan beliau sebagai diktator. Rujuk klip video berkenaan:


Apabila melaporkan berkenaan Basyar Assad pula, TV3 mengatakan bahawa Basyar Assad merupakan pemimpin pilihan rakyat. Walaupun telah jelas terbukti bahawa Basyar Assad merupakan pemimpin yang telah membunuh beribu-ribu rakyat Syria.

'Tahniah' TV3 kerana menjadi lidah rasmi musuh Islam!

Selain itu, sila rujuk link yang disediakan di bawah untuk mengetahui apa yang tidak kena pada berita TV3 yang disiarkan beberapa hari yang lepas. TV3 telah mengambil maklumat tentang apa yang berlaku di Syria dengan merujuk kepada seorang paderi perempuan (sister) yang bernama Mother Superior Agnes Mariam. Inilah yang dikatakan dunia telah terbalik! 

Rujuk link berkenaan --> http://goo.gl/ZJRtI

Jadi, apakah tanda bagi semua ini? Apabila berlaku krisis penggulingan Dr Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah, maka seluruh media tanah air menyiarkannya.


Namun, derita umat Islam di Syria yang dibunuh dan disembelih tidak pula disiarkan atau dilapor secara tepat dan terperinci. Bahkan mereka difitnah pula sebagai pemberontak negara sendiri!

Benarlah, kita sedang berada di fasa terakhir dunia akhir zaman. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. Yup, betul tu.. Negara-negara baratlah puncanya berlaku insiden penggulingan terhadap Dr Mursi..

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger