Searching...

Bahaya Fahaman Wahabi yang Mengatakan Allah Itu Bertempat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Saya hendak kongsikan serba sedikit mengenai bahaya fahaman wahabi yang mengatakan Allah itu bertempat. Sesiapa yang pernah mengatakan bahawa Allah itu berada di langit, Allah itu ada di mana-mana, atau Allah itu bertempat, maka sila baca penerangan ringkas daripada Ustaz Mustaffa Kamal dalam siri kuliah maghribnya:

Ada seorang bertanya kepada ustaz mengenai Allah S.W.T duduk atas Arasy, bermakna Allah S.W.T bertempatlah. Ustaz hanya tersenyum saja apabila diajukan soalan yang dangkal (berfikiran cetek) ini. Sebenarnya ustaz tidak berminat untuk berhujah dengan soalan yang seperti ini apatah lagi berdebat semahu-mahunya, tapi rasanya perlu juga menjawabnya. Ok, baiklah begini:
  1. Allah S.W.T itu tidak sama dengan makhluk kerana Dialah yang menciptakan makhluk itu.
  2. Kalau Allah bertempat, maka siapakah yang menciptakan tempat itu dan mana yang dahulu (wujud), Allah yang dahulu ke atau tempat itu yang dahulu? Contohnya manusia yang lahir di Terengganu, adakah negeri Terengganu itu wujud lebih dahulu daripada manusia itu atau manusia yang wujud lebih dahulu daripada negeri Terengganu itu? Maka adalah mustahil tempat itu wujud dahulu daripada Allah, kemudian Allah duduk atas tempat itu.
  3. Kalau Allah itu bertempat, mana besarnya tempat itu jika dibandingkan dengan Allah? Kita duduk dalam rumah maka rumah itu lebih besar daripada kita. Jadi, adalah mustahil kalau tempat itu lebih besar daripada Allah.
  4. Tempat itu pasti ada mula pada kejadiannya, dan Allah S.W.T itu 'Qadim' yakni tiada awal dan tiada pula akhir. Jadi, sebelum dijadikan tempat itu, Allah berada di mana? Cuba kamu beritahu ustaz.
  5. Dalam Al-Qur'an ada mengatakan, "Allah duduk (bersemayam) atas Arasy." Maka kita tidak perlu ta'wil (bahas) lagi, ikut saja. Baiklah ustaz nak bertanya, "Tidakkah Al-Qur'an mempunyai nilai sastera yang begitu tinggi bahkan mengalahkan syair-syair yang hebat pada suatu masa dahulu." Dalam sastera kalau ustaz kata, "laut memanggil" atau "melambai-lambai nelayan." Adakah salah perkataan ustaz itu? Jawapannya tidak salah, kerana ada ta'wilnya mengikut penilaian sastera itu, dan adakah bermakna laut itu mempunyai lidah atau tangan disebabkan boleh memanggil atau melambai-lambai nelayan? Jawapannya pasti tidak, maka Al-Qur'an lebih hebat lagi nilai sastera yang penuh dengan 'balaghah' dan seumpamanya itu.
  6. Ada ulama' berpendapat Allah itu duduk di atas Arasy. Macam mana pula ustaz? Beginilah, "Adakah kamu akan kata Imam Syafi'ie, Imam Malik dan imam-imam mujtahid yang seumpama dengannya yang lain adalah sesat? Pernahkah mereka berkata Allah bertempat seperti mana yang kamu faham? Sudah tentu tidak pernah. Maka cubalah belajar pegangan Tauhid ulama'-ulama' yang muktabar, nescaya kamu akan faham dengan sendirinya.
  7. Kalau kamu masih tidak berpuas hati lagi, maka ustaz mencadangkan kamu agar banyakkan berzikir, nanti kamu akan dapat jawapannya, insya Allah.

Ditanya lagi kenapa ustaz tidak banyak menggunakan sumber dari Al-Qur'an atau hadis. Jawabnya ringkas, "Kerana ustaz bukan orang alim atau ulama'".

Sebenarnya ustaz tidak berminat hendak menjawab soalan ini, tapi setelah difikirkan balik, ustaz perlu menjawabnya juga agar pegangan Ahli Sunnah Waal Jamaah sesama kita terpelihara. Ya Allah, ini sahajalah yang aku mampu lakukan, kalau aku tersalah ampunilah dosaku ini. Amin. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. SIAPAKAH WAHABI ???

    Secara sejarah wahabi telah muncul pada kurun kedua (2) Hijriyah. Pada waktu itu ada sekte khawarij abadhy (khawarij yang berpemikiran ekstrim) yang dipimpin oleh Abdul Wahab bin Abdurrahman bin Rustum. Abdul Wahhab bin Abdurrahman adalah anak dari Abdurrahman bin Rustum sang pendiri negara khawarij Rustumiyah, dan Abdul Wahab pun mewarisi kekuasaan bapaknya dan pemikirannya. Sekte ini muncul di daerah Afrika Utara. Sehingga para ulama setempat khusunya dan ulama yang lain menjuluki mereka dengan Wahabi atau Wahabiyah.

    Lalu kenapa akhir-akhir ini, atau semenjak 2-3 kurun yang lalu gelar dan nama ini disematkan kerpada Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab?? Yang notabene beliau hidup pada kurun ke 11 hijriyah?? Dan beliau tidak punya pemikiran khwarij?? Bahkan beliau adalah pembela tauhid.

    Jawabannya Karena penyematan gelar wahabi pada beliau ini tidak lepas dari keterkaitan beberapa pihak; 1. para penjajah (orang kafir dari negara barat) 2. kaum sufi (dianataranya melalui daulah utsmaniyah) 3. kaum syi’ah / rafidhah (diantaranya melalui daulah fathimiyah)

    Sebuah alasan klasik yang diwarisi turun temurun memang menjadikan sebagian orang tesebut berbuat demikian.Banyak sekali kelompok2 yang gencar menuduh kelompok lain dengan tuduhan wahabi namun ternyata mereka itu persis seperti 3 kelompok diatas meskipun mengatasnamakan Islam...justru mereka yang harus belajar sejarah karena mereka mudah dibodohi oleh ahlul bid'ah dan shufiyyah jaman sekarang

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger