Searching...

Ini Adalah Satu Mesej Daripada Seorang Ulama' Kepada Orang-orang Kristian Di Amerika.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mesej yang hendak diketengahkan ini datangnya daripada seorang tokoh Ulama' dari Syria dan ditujukan khas kepada orang-orang Kristian di Amerika. Tokoh Ulama' tersebut ialah Sheikh Mohammed Ali Al-Sabouni. Berikut adalah kata-kata Ulama' tersebut: 

"Kami sebagai orang Islam, misi kami adalah untuk menjadikan semua umat manusia dengan agama-agama yang berbeza yang datangnya daripada Allah S.W.T untuk hidup dalam keadaan selamat dan aman. Tetapi kami berminat dalam kehidupan kami yakni bekerja untuk hidup, tapi kami terlalu sibuk tidak pedulikan apa yang Allah S.W.T perintahkan kepada kami. Maka Allah S.W.T telah menghukum kami dan menghentikan bantuan daripada-Nya. Kami telah memilih dunia daripada Akhirat.

Allah S.W.T telah menunjukkan kepada kami di dalam Al-Qur'an bahawa agama dan kitab suci (Injil) adalah hampir serupa dan lebih dekat seperti Qur'an kami. Anda mempunyai kitab syurga (Injil). Islam kami diturunkan untuk menyebarkan keadilan, kesaksamaan dan untuk menghentikan ketidakadilan. Allah S.W.T dengan jelas telah berfirman dengan merujuk pada sepuluh ayat dalam Al-Qur'an, bahawa Islam datang untuk melindungi orang-orang yang ditindas bukan sahaja orang-orang Islam. Kisah yang berlaku kepada orang Yahudi, bahawa Allah S.W.T meminta Nabi Muhammad S.A.W untuk membebaskannya dan Yahudi ini telah menuduh orang Islam berbuat jahat kepadanya."

Sheikh Sabouni juga telah bertanya kepada orang Islam: "Adakah anda benar-benar orang Islam dan keluarga keturunan anda adalah Islam?"

Syeikh Sabouni menyambung lagi, "Rasulullah S.A.W telah datang untuk menghentikan penindasan dan untuk melindungi orang-orang yang tertindas. Malangnya, negara-negara bangsa tidak menyedari akan keburukan malah tidak berlaku adil dan tidak kenal erti keadilan itu. Keadilan akan hilang. Suatu hari nanti, umat Islam akan menyesal kerana membantu menyokong untuk mengukuhkan ketidakadilan serta memberi banyak peluang untuk penindas menjadi lebih kuat. Ini adalah masa yang paling baik, untuk orang-orang yang masih mempunyai fikiran yang waras, untuk menyedari apakah risiko dasar Amerika yang sangat memalukan dan penuh dengan kehinaan. Dan akan mendapat kedudukan di dalam penglibatan rakyat yang akan mempunyai kenangan buruk dalam pemikiran kita dan juga dalam sejarah. 

Rakyat Amerika lebih hampir kepada islam. Kitab Al-Qur'an dan Injil sama-sama diturunkan dari Allah S.W.T. Tidak seperti Atheis Russia dan penjenayah Syiah Iran. Kitab Al-Qur'an dan Injil diturunkan daripada Allah S.W.T, tapi dari segi pegangan Tauhid kami adalah berbeza. Tauhid kami hanyalah untuk Allah S.W.T. Tolong jangan membantu atau menyokong orang yang melakukan penindasan, jangan gadaikan Akhirat anda. Berpihaklah kepada kebenaran dan keadilan. Sepertimana rakyat Amerika sedang hadapi sekarang, Obama telah mendedahkan dan menolak dasar yang tidak adil terhadap umat Islam yang telah menjadikan darah umat Islam lebih murah. Suara yang adil itu telah didengari oleh semua penzalim di atas takhta (semua yang hadir dan pemerintah-pemerintah di seluruh dunia). Terdapat pertempuran antara orang-orang Rom dan Parsi. Orang-orang Rom telah menang dan semua orang yang beriman gembira untuk kemenangan Allah S.W.T kerana orang-orang Rom, mereka mempunyai kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T tetapi sebaliknya orang-orang Parsi adalah penyembah api."

Ya Allah Ya Tuhan kami, hapuskanlah segala penindasan yang dilakukan oleh penindas-penindas dari negara Parsi (Iran) dan negara Atheis (Russia). Ya Allah, selamatkanlah kami.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger