Searching...

Inilah Padahnya Hasil Campur Tangan Dari Kuasa Barat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Inilah Jeneral yang menduduki kerusi presiden Mesir sekarang iaitu Ketua Angkatan Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dengan merujuk pada gambar di atas. Maka dengan itu, dapat kita gambarkan betapa inilah padahnya hasil campur tangan dari kuasa barat yang mana pendedahannya akan diketengahkan sebentar sahaja lagi.

Jeneral Sisi yang merupakan proksi Amerika di Mesir ini dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan tentera Amerika yang mana Amerika telah memberikannya latihan dan kelengkapan-kelengkapan tentera buatnya. Sejak persetujuan damai anatara Israel-Mesir yang dibuat pada tahun 1979, Washington menjadi penyokong utama bagi tentera sekuler Mesir (boneka musuh) dan memberi sokongan dengan dana sebanyak $1.3 juta per tahun.


Gambar di atas menunjukkan bahawa mereka dalam kategori sama iaitu proksi barat. Jeneral Sisi merupakan antara boneka musuh yang telah menggulingkan Dr Mursi serta membunuh puluhan penyokong Dr Mursi. Jeneral Sisi dan Basyar Assad menjadi boneka Amerika dan Zionis untuk memerangi Islam. Doakan kehancuran mereka berdua.

Apakah benda yang paling murah di dunia pada hari ini? Benda yang paling murah di dunia pada hari ini ialah darah orang-orang Islam (Sunni). Jangan terkejut! Hakikatnya seperti mana yang kita tidak rasai sekarang di bumi Malaysia berbanding situasi di bumi Arab di sana. Berikut adalah paparan klip video situasi demonstrasi aman dari Mesir baru-baru ini:


Dalam klip video tersebut, mereka telah membunuh seorang pendemo dalam kalangan penyokong Dr Mursi. Dengan darah sejuk mereka dan berjiwa keras (tiada perasaan dan perikemanusiaan), mereka seolah-olah menganggap pendemo-pendemo keamanan itu seperti seekor rusa yang hendak diburu di dalam hutan, di kala demonstrasi aman yang mana pendemo-pendemo keamanan tersebut dalam keadaan tidak bersenjata.

Berikut saya paparkan sedikit sebanyak koleksi klip video Pro Dr Mursi dari pelbagai sumber yang mempertahankan Dr Mursi sebagai presiden Mesir yang sah dan membantah penggulingan beliau oleh pihak tentera:
Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger