Searching...

Jet Tempur Assad Dihancurkan Oleh Mujahidin Dengan Sistem Peluru Berpandu OSA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mujahideen FSA dari Liwa' Al-Islam baru sahaja berjaya mendapatkan sebuah sistem kawalan peluru berpandu yang dikenali dengan nama, "UOSA". Sebelum itu Mujahidin Liwa' Al-Islam ini terpaksa melalui pertempuran yang getir menentang tentera rejim Assad.

Dengan pertolongan Allah, Mujahidin dari Liwa' Al-Islam untuk pertama kalinya di Syria berjaya menghancurkan jet tempur Assad dengan menggunakan sistem peluru berpandu OSA buatan Russia yang merupakan ghanimah (harta rampasan perang) setelah perang besar melawan rejim dan sekutu Assad di kawasan Ghuthah Syarqiyyah tepi Damaskus.

Sistem peluru berpandu ini berjaya dibangunkan kembali oleh Mujahidin Liwa' Al-Islam dan dikendalikan melalui skrin radar yang menunjukkan kedudukan jet tempur tentera Assad.

Tenangkan hati, ukirkan senyuman, bersama-sama kita menonton klip video ini yang menunjukkan pesawat pejuang tentera rejim Assad meletup di udara dan menjunam jatuh menyembah tanah selepas terkena bedilan peluru berpandu Mujahidin FSA. Rujuk klip video berkenaan:


Mujahidin berjaya menjatuhkan satu jet tempur milik Assad yang telah disahkan sasaran kedudukannya dalam skrin radar berdasarkan klip video di atas. Jet tempur tersebut berjaya ditembak jatuh ketika berlegar-legar di ruang udara bandar International Damaskus. Disebutkan pula bahawa sebelumnya, jet tempur ini sedang bersiap sedia menyerang Mujahidin di kawasan Mathahin tepi Damaskus.

Insya-Allah Mujahidin selepas ini akan bersiap sedia menyerang kubu pertahanan Assad. Doakan selalu untuk saudara kita dan Mujahidin di Syria agar diberi kekuatan dan juga diberikan pertolongan oleh Allah S.W.T.

Insya-Allah Kemenangan bagi saudara Muslim kita di Syria sudah berada di depan Pintu dengan izin Allah S.W.T.

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger