Searching...

Kehinaan yang Menimpa Manusia Seluruh Dunia Kerana Kurang Faham Akan Akhlak Islam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kita menyedari bahawa kehinaan yang telah menimpa kemanusiaan di seluruh dunia berlaku disebabkan kekurangan muslim yang benar-benar menjadi penguasa yang berlandaskan hukum-hukum Islam. Oleh sebab itu, mereka menggantikan hukum-hukum Islam dengan undang-undang ciptaan manusia (sistem sekular) yang tidak memberikan apa-apa pun selain daripada kehinaan, kepapaan, eksploitasi, kelaparan dan ketelanjangan kepada ramai orang. Padahal pada ketika itu manusia telah pun menguasai angkasa lepas, melancarkan satelit dengan roket dan menghantar manusia ke bulan. 

Organisasi makanan dan pertanian antarabangsa yang dihubungkan dengan bangsa-bangsa bersatu mengumumkan bahawa pada tahun sekian-sekian (maaf, tahun tak berapa nak ingat) antara 20-100 juta orang di Afrika dan di Asia berdepan dengan kemungkinan mati kebuluran pada beberapa tahun berikutnya. Jika situasi tersebut dibiarkan berterusan, maka tiga juta orang akan mati setiap minggu manakala di antara 460 juta hingga 1 bilion orang akan menderita kekurangan zat makanan.

Pada tahun yang sama, agensi-agensi berita melaporkan kisah tentang seorang wanita muda Eropah yang bekerja sebagai jururawat sukarelawati di sebahagian wilayah Afrika di mana penduduknya menderita kekurangan zat makanan yang kronik. Dia mengalami gangguan mental yang hebat sehingga hampir gila selepas melihat pergaduhan berdarah sengit antara beberapa kanak-kanak Afrika yang kelaparan kerana berebutkan seulas mangga. Pergaduhan tersebut tidak dapat dihentikan sehingga seorang daripada kanak-kanak itu dapat mengeluarkan sebiji mata kanak-kanak yang lain. Kesemua kanak-kanak tersebut berumur kurang daripada 8 tahun. Kelaparan tersebut juga mengakibatkan banyak kes buta terus, kerana kekurangan vitamin dan kanak-kanak yang kekurangan berat badan yang melampau kelihatan seperti rangka berjalan. Mereka tiada daya tahan terhadap sebarang penyakit dan benar-benar berada di ambang maut. Pada masa kita lihat kebuluran menguasai benua Afrika dan Asia, kita melihat barat yakni bangsa kaya yang menguasai 20% daripada populasi dunia tetapi memiliki 80% daripada kekayaan dunia. Mereka mengumpulkan harta kekayaan tersebut dengan begitu menggila

Pada tahun 1975, Brazil membakar beribu-ribu tan kopi; EU pula membelanjakan USD50 juta untuk menghancurkan sisa makanan dan hasil pertanian; dan Amerika pula membayar petaninya USD 3,000 juta setiap tahun agar tidak menanam apa-apa. Semuanya untuk menjaga sistem ekonominya agar harga komoditi di pasaran dunia bagi ekonomi barat tetap tinggi! Petani Amerika membunuh sepuluh ribu lembu dan menimbusnya agar harga daging di pasaran tetap tinggi dan tidak banyak saingan dalam jualannya di mana pada tahun yang sama, sepuluh ribu orang mati kebuluran di Afrika, Asia dan Amerika Latin!

Betapa besarnya perbezaan di antara budaya kemanusiaan Islam yang tidak membiarkan orang miskin menderita disebabkan terhidu bau masakan dari jiran yang kaya sehingga dia menjadi lapar, dengan budaya materialistik di Barat yang mengancam berjuta-juta manusia mati kebuluran saban tahun. Alangkah malangnya mereka yang berusaha mengambil sistem materialistik (sistem sekular) sama ada Barat atau Timur, kerana buta di tengah kepekatan malam jahiliyah. Alangkah agungnya tanggungjawab umat Islam yang menjadi pemegang lampu yang menyalakan pohon rahmat, tidak kira di Timur ataupun di Barat yang dapat menghilangkan kegelapan jahiliyah, meninggikan hati dan fikiran serta membawa manusia kepada petunjuk, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. 

Wallahua'lam. Sekadar renungan untuk kesedaran semua.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger