Searching...

Ketahuilah Bahawa Golongan Ini Tidak Menyumpah Dan Tidak Bercakap Dengan Bahasa Kesat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bila seseorang muslim itu sudah mengamalkan bagaimana hendak mengawal kemarahan (iaitu hanya marah semata-mata untuk menjaga hak Allah S.W.T), maka secara fitrahnya dia tidak mahu menyumpah seranah dan tidak pula mahu mengatakan perkataan yang kotor. Yang menjadikan dia begitu adalah kerana dia telah dapat melaksanakan akhlak mulia menurut petunjuk Islam yakni yang melarangnya daripada menyumpah, memaki hamun, melaknat dan mengucapkan kata-kata kotor.

Abu Mas'ud r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Melaknat orang muslim itu berdosa dan membunuhnya itu kufur." [Hadis Riwayat Bukhari dan muslim].

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menyukai orang-orang yang bercakap kotor dan lucah." [Hadis Riwayat At-Thabrani].

"Sesungguhnya Allah marah kepada orang yang suka bercakap kotor dan kesat." [Hadis Riwayat At-Thabrani].

"Orang mukmin itu bukanlah orang yang suka menyakiti orang lain dengan laknat, sumpah atau kata-kata keji dan kotor." [Hadis Riwayat Bukhari dalam kitab Al-Adab Al-Mufrad].

Semua sifat-sifat tersebut tidak sesuai untuk orang muslim yang mana ajaran-ajaran Islam telah pun meresap ke dalam jiwanya. Lalu, dia pun segera menjauhi sifat-sifat tersebut, maka jurangnya dengan sifat-sifat tersebut juga semakin bertambah apabila dia semakin memahami sunnah Rasulullah S.A.W yang indah itu, iaitu yang tidak pernah mengucapkan kata-kata yang boleh menyakiti perasaan orang lain atau tidak pernah merosakkan rasa hormat orang lain terhadap dirinya sepanjang hidupnya itu.

Anas Bin Malik r.a berkata:

"Rasulullah tidak pernah menggunakan bahasa kesat, menyumpah atau melaknat. Jika baginda hendak marah pada seseorang, baginda berkata, "Apa kena dengan dia? Semoga dahinya dilumuri debu!" [Hadis Riwayat Bukhari].

Maksud kata-kata Rasulullah dalam hadis di atas yang berbunyi, "Semoga dahinya dilumuri debu!" iaitu semoga dia bersujud kepada Allah S.W.T. Begitu halus dan berkiasnya sindiran Rasulullah S.A.W terhadap seseorang yang baginda marahi sehingga tidak terguris langsung hati orang yang kena marah itu. Subhanallah!

Bahkan baginda juga tidak mahu melaknat orang-orang kafir yang enggan menerima risalahnya. Baginda tidak pernah mengucapkan perkataan yang berbaur ugutan terhadap orang-orang kafir tersebut.

Abu Hurairah r.a berkata: 

Dikatakan, "Ya Rasulullah, berdoalah agar orang-orang kafir itu dilaknat." Baginda S.A.W bersabda, "Sesungguhnya aku tidak diutus untuk melaknat, tetapi aku diutus untuk memberi rahmat." [Hadis Riwayat Muslim].

Abu Hurairah r.a berkata:

"Seorang lelaki telah meminum arak, maka dia dibawa berjumpa kepada Rasulullah lalu baginda pun menyuruh supaya dijalankan hukuman sebatan. Maka sebahagian daripada kami pun menyebatnya dengan tangan dan sandal, atau jubah kami. Bila orang itu telah pergi, sebahagian orang berkata, "Semoga Allah memalukan engkau!" Rasulullah S.A.W bersabda, "Jangan berkata begitu. Jangan membantu syaitan." [Hadis Riwayat Bukhari].

Begitulah sifat kasih sayang, belas kasihan, dan kemanusiaan yang ditunjukkan oleh baginda S.A.W termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak pernah melanggar hukum Allah. Jadi, secara ringkasnya, golongan yang tidak menyumpah dan tidak bercakap dengan bahasa kesat adalah golongan yang mentaati Allah dalam apa jua cara yang boleh membuatkan Allah redha akannya selagi mana dia hidup dengan mengamalkan ajaran Al-Qur'an dan As-Sunnah. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger