Searching...

Ketahuilah Bahawa Manusia Ini Tidak Mencampuri Urusan yang Tiada Kaitan Dengan Dirinya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tazkirah yang hendak saya sampaikan di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah sebagai peringatan kepada kita sesama muslim yang tidak luput daripada mengerjakan dosa-dosa sama ada secara tidak sengaja mahupun sengaja. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan kita sampaikan kepada mereka-mereka yang belum ketahui lagi. Insya-Allah.

Muslim yang bijak akan mengambil berat tahap peningkatan jati diri Islamnya dan berusaha mendapatkan keredhaan Tuhannya. Dia tidak suka mencampuri urusan yang tiada kaitan dengan dirinya, ataupun tidak menyibukkan dalam hal peribadi orang lain. Selain itu, dia juga tidak terlibat dengan perdebatan kosong mengenai khabar angin atau siapa yang mengatakannya. Dia cuba menjauhkan dirinya daripada semua itu kerana dia yakin bahawa dia sedang mengamalkan akhlak yang dituntut Islam iaitu akhlak yang mengangkat darjat manusia daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah itu. 

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Satu tanda seseorang itu menjadi muslim yang baik ialah dia harus meninggalkan apa jua perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya." [Hadis Riwayat At-Thabrani].

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Allah menyukai tiga perkara bagi kamu dan membenci tiga perkara. Dia suka kamu menyembah-Nya, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain, dan kamu semua berpegang kepada tali (agama) Allah dengan tidak bercerai-berai. Dan Dia benci kamu menyebarkan gossip berbaur cerita, terlalu banyak bertanya dan membazirkan wang." [Hadis Riwayat Muslim].


Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang dipimpin oleh Allah S.W.T telah dibentuk oleh Islam yang mana mereka langsung tidak memberi ruang kepada sesiapa pun untuk menyebarkan gossip berbaur cerita, terlalu banyak bertanya atau menyibukkan diri dalam urusan peribadi orang lain, kerana ahli-ahli dalam masyarakat ini terlalu sibuk dengan perkara yang lebih penting iaitu dengan menegakkan kalimah Allah S.W.T di muka bumi, mengibarkan panji-panji Islam di empat penjuru dunia dan menyebarkan nilai-nilai Islam kepada seluruh umat manusia. Mereka yang terikat dengan misi-misi besar ini tidak mempunyai kesempatan untuk melakukan dosa-dosa tersebut. Percayalah. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger