Searching...

Klip Video Bocor Memaparkan Tentera Syiah Mahdi Sangat Membencikan Bani Umayyah!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rakaman klip video ini telah dijumpai di dalam handphone milik salah seorang tentera Syiah Mahdi yang berasal dari Iraq dan telah mati dibunuh di dalam medan peperangan. Tentera Syiah Mahdi tersebut berada di kota Damaskus, Syria untuk memerangi kaum muslimin.

Klip video tersebut memaparkan sekumpulan "Tentera Mahdi" (tentera Syiah yang berasal dari Iraq) sedang menari-nari dan menyanyi di Syria sambil menjerit dengan melaungkan sokongan mereka terhadap Hizbussyaiton.

Mereka berkata: "Kami datang untuk menyelamatkan Hizbullah (sekarang Hizbussyaiton) dan kami tidak akan membiarkan kekhalifahan Bani Umayyah bangkit lagi."

Rujuk klip video berkenaan: 


Mengapa Syiah sangat membencikan Bani Umayyah? 

Berikut adalah kisah disebaliknya yang mesti kita ketahui:

Setelah Ali bin Abi Thalib wafat, yang akan menaiki takhta sebagai khalifah bagi kaum Muslimin adalah Muawiyah bin Abu Sufyan yang berasal dari Bani Umayyah.

Kekhalifahan Bani Umayyah berpusat di bumi Syam (Syria) dan meliputi pula daerah-daerah yang sebelumnya berada di bawah kekuasaan Persia (Parsi di wilayah Iran) dan Byzantium (Rom). 

Bani Umayyah berjaya menurunkan pajak, memberikan autonomi daerah dan kebebasan beragama yang lebih besar bagi umat Yahudi dan Kristian, dan juga berjaya menciptakan kedamaian di daerah tersebut setelah dilanda perang selama bertahun-tahun.

Di bawah kekuasaan Bani Umayyah, kekhalifahan Islam berkembang dengan begitu pesat. Dari arah barat, umat Islam menguasai daerah di Afrika Utara hingga ke Sepanyol. Dari arah timur pula, kekhalifahan Islam telah menguasai daerah Iran, bahkan sampai ke India. Hal ini membuatkan Kekhalifahan Islam menjadi salah satu di antara kerajaan yang terbesar di dalam sejarah.

Orang-orang Syiah yang mengaku dirinya sebagai pengikut Ali bin Abi Thalib, tidak mahu menerima kekhalifahan dari keturunan Bani Umayyah kerana mereka (orang-orang Syiah) menginginkan kekhalifahan seterusnya dari keturunan Ali bin Abi Thalib dengan alasan bahawa keturunan Ali bin Abi Thalib adalah sangat mulia dan termasuk dalam keturunan Rasulullah S.A.W iaitu Ahlul Bait. 

Ditambahnya lagi, Bani Umayyah memerangi kesesatan aqidah Syiah dan memerangi perbuatan dan perkataan mereka (orang-orang Syiah) yang mencela sahabat dan menghina Aisyah r.a, isteri Nabi Muhammad S.A.W dengan menuduhnya sebagai pelacur. Na'uzubillah.

Banyak ajaran Syiah yang menyimpang daripada aqidah Ahli Sunnah Waal Jamaah dan tidak pernah dicontohi oleh Rasulullah S.A.W, malah tidak disertakan dalam sunnah Baginda S.A.W. Bahkan pula, tidak pernah Ali bin Abi Thalib mengikuti ajarannya.

Maka dengan inilah yang menyebabkan orang-orang Syiah membenci Bani Umayyah dan seluruh kaum muslimin yang bersama dengan kekhalifahannya. Setelah itu orang-orang Syiah terus melakukan pemberontakan demi pemberontakan, membuat fitnah dan kerosakan di tengah-tengah ummah kerana kekhalifahan umat Islam tidak berasal dari keturunan Ali bin Abi Thalib dan bukan pula dari golongan Syiah.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

4 comments:

  1. Bani Umaiyyah juga bunuh keturunan Nabi (cucu, cicit, sahabat), Bani Umaiyah juga rampas Mekah dan bunuh pemegang amanah nya, Bani Umaiyah penjarakan ulamak dan imam2 yg tak nak tunduk pd mereka, Bani UmAIYAH jd kan sistem pemerintahan drpd kekhalifah kpd sistem raja2 autokratik, Bani Umaiyah wujudkan amalan celaan makian kpd keturunan Nabi semasa khutbah dan sapa yg tak join sama akn disebat n dipenjara..

    sumber sejarah ni bkn dari Syiah shj ye, turut dinukil oleh ulamak tersohor. akibatnya bila tewas pd Abbasiyah, semua makam raja2 Umaiyah ni kena bongkar kecuali Umar Abd Aziz.

    p/s Umar Abd Aziz raja Umaiyah plg bagus. Tp dibunuh oleh keturunan nya sendiri

    Kalau Bani Umaiyah x aniaya keturunan Nabi maka xdelah wujud Syiah in the first place........

    ReplyDelete
  2. Ehh, bukan ke puak-puak khawarij yg membunuh keturunan Nabi (cucu, cicit sahabat)? Sila rujuk link ini:-> http://irkpui.blogspot.com/p/kbumaiyah.html

    Dan bace sehingga habis. Dari mana saudara dapat sumber? Boleh tolong nyatakan sumber? Jangan main tuduh jer, nanti dikira fitnah terhadap khalifah Islamiyah.

    Lagi satu, anda bahasakan, "Bani Umaiyah wujudkan amalan celaan makian kpd keturunan Nabi semasa khutbah dan sapa yg tak join sama akn disebat n dipenjara.." itu semuanya fitnah mengarut. Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, sila ke link ini :-> http://aburedza.wordpress.com/2009/11/21/fitnah-terhadap-marwan-bin-al-hakam/

    Sila dengar penjelasan dlm klip video semua sekali. Ramai orang bahasakan Khalifah Marwan Al-Hakkam yakni pemerintah Bani Umayyah adalah buruk. Tetapi hakikatnya, itu semua fitnah. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. muawiyah menentang pemerintah yang sah, sama dengan pemberontak syria yg menentang kerajaan, fikah menyatakan hukumnya adalah pemberontak adalah boleh dibunuh sebab itulah al buti bertegas dalam hal ini.Ali telah malakukukan pentakwilan yg benar tetapi ramai sahabat menyebelahi muawiyah/bani umaiyyah kerana keduniaan -puak ali tidak syak lagi bersamanya dari awal lagi-puak yang ragu baru mendapat hidayah setelah terbunuhnya ammar bin yassir yg nabi sebutkan akan kematiannya dibunuh oleh kaum pemberontak-baru mereka tersedar.tetapi lihatlah dalih mereka yg menyatakan ali lah yg membawa mereka ke medan perang, dalih sebagaimana menuduh syiah telah membunuh hussain...ali kembali mengemukakan hujah,,,hamzah dibunuh kerana nabi membawanya ke medan perang

    ReplyDelete
  4. Satu jer saya nak cakap kat saudara abu bakar ni, iaitu saudara ni ade unsur2 Syiah. Saya tak kata saudara ni Syiah, tapi saudara punya statement yg sumbernya entah kemana, tahu2 jer boleh kata pemberontak Syria boleh dibunuh. Padahal sudah jelas kerajaan Syria yg membunuh rakyatnya sendiri itulah yg wajib dibunuh. Basyar Assad sudah pada tahap wajib dihukum dibunuh!


    Jadi, khas buat saudara yg saya boleh katakan saudara ni letak nama abu bakar secara taqiyah, tapi sebenarnya nama lain... Oleh itu, Saya nak memperingatkan kpd saudara abu bakar mengenai ini:


    Kalau hati ikhlas mahukan kebenaran, doalah dan menangislah merayu minta dikasihani dan dipimpin Allah S.W.T ke jalan yg benar, Mintak tolong dgn Allah, sebagaimana desperatenya org yg lemas minta tolong disaat tenggelamnya dia. Dan belajarlah bersangka baik dengan org2 yg menjadi punca sampainya ajaran Islam kpd kita iaitu semua para sahabat Rasulullah S.A.W termasuklah Muawiyah berserta Khalifah Bani Umaiyah. Kalau sahabat Rasulullah S.A.W berpuas hati dgn takhta mereka dan tak mahu keluar berdakwah, hari ni semua Syiah di Iran agamanya majusi. Malang betul Syiah tak fikir semua ni. Wallahua'lam.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger