Searching...

Makam Sahabat Nabi S.A.W, "Pedang Allah Terhunus" Dimusnahkan Oleh Tentera Laknatullah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Adakah anda tahu latar belakang Sahabat Nabi S.A.W yang diberi gelaran "Pedang Allah yang terhunus (سيف الله المسلول)" iaitu Khalid Ibn Al-Walid r.a.?

Adakah Sayyidina Khalid Ibn Al Walid r.a tidak penting dalam kehidupan kita lagi? Adakah beliau tidak penting dalam membangunkan Syi'ar Islam? Adakah beliau tidak cukup penting untuk dihayati sejarah perjuangannya dan disiarkan dalam rancangan TV berbanding dengan jurnal yang kita sering bincangkan mengenai sejarah seniman Tanah Melayu yang tersohor iaitu P. Ramlee? 

Adakah sejarah beliau telah benar-benar mati dalam kehidupan kita?

Beberapa bulan yang lalu, seorang Jeneral Syiah dari tentera laknatullah Hizbussyaiton berkata, "Kami mempunyai pesanan iaitu kami tidak akan berhenti sehingga kami benar-benar memusnahkan orang yang berjuang memerangi nenek moyang kami di Homs". 

Jeneral Syiah maksudkan orang itu adalah Sayyidina Khalid Ibn Al-Walid. Seorang pejuang Islam yang telah berperang dan membunuh nenek moyang Jeneral Syiah itu iaitu Musailamah Al-Kazzab. Pejuang Islam yang tidak pernah kalah dalam mana-mana peperangan, digeruni musuh dan juga yang telah mengendalikan lebih 100 peperangan di bawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Umar Al-Khattab r.a. Beliau juga merupakan seorang Panglima Perang yang memerangi puak-puak Khawarij, Musailamah Al-Kazzab (Nabi palsu) dan menentang Empayar Parsi.

Puak-puak Syiah tidak dapat membunuhnya ketika beliau masih hidup, kini mereka membunuhnya apabila kita sedang tidur (melupakan sejarahnya).

Gambar di atas telah diambil selepas serangan Hizbussyaiton ke atas makam Saidina Khalid Ibn Al-Walid r.a pada hari pertama menjelang Ramadhan. Rujuk klip video berkenaan:


Berikut adalah ringkasan sejarah mengenai sahabat Nabi S.A.W iaitu Khalid Ibn Al-Walid r.a:

Khalid Ibn Al-Walid telah menyertai berpuluh-puluh peperangan. Para sejarawan telah merekod, Khalid Ibn Al-Walid tidak pernah kalah dalam apa-apa jua peperangan baik ketika di zaman Jahiliyah mahupun setelah beliau memeluk Islam.

Rasulullah S.A.W sangat bergembira dengan penghijrahan Khalid Ibn Al-Walid. Dengan kemampuan yang dimiliki oleh beliau, maka dakwah Islam bertambah kuat. Rasulullah S.A.W juga berharap dengan penghijrahan Khalid Ibn Al-Walid sedikit sebanyak dapat mendorong pertambahan bilangan orang-orang Quraisy memeluk agama Islam.


Pada masa pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq r.a, Khalid Ibn Al-Walid diamanahkan untuk memperluas jajahan Islam. Keberanian beliau membuatkan orang-orang Rom dan Parsi menjadi takut dan berasa kelam kabut. Khalid Ibn Al-Walid juga berjaya menguasai Syria dan Palestin dalam peperangan Yamamah dan Yarmuk dengan melintasi negara Iraq menuju ke Syam. Beliau mengetuai peperangan selama lima hari lima malam, sehingga membuahkan hasil yang cukup mengagumkan serta mengingatkan pasukan musuh bahawa bala tenteranya tidak sepadan dengan jumlah bala tentera muslimin yang sedikit pada masa itu.

Dia berkata tentang dirinya: "Sungguh dengan tanganku ini telah terpotong sembilan pedang pada saat peperangan mu'tah, sehingga tidak tertinggal di tanganku kecuali sebuah pedang yang berasal dari Yaman." (Shahihul Bukhari: 3/146. No. 4265).

Si pedang Allah yang terhunus ini masih memiliki hubungan kerabat dengan Khalifah Umar Ibn Al-Khattab. Kejayaannya tersebar luas. Kaum muslimin sangat mengagung-agungkan beliau. Puncak kegemilangan Khalid Ibn Al-Walid terhenti pada era pemerintahan Umar Ibn Al-Khattab. Beliau diberhentikan jawatannya sebagai panglima perang. Berita tersebut telah sampai ke pangkuan Khalid Ibn Al-Walid pada saat beliau sedang memimpin peperangan. Umar Ibn Al-Khattab melakukan perkara itu supaya Khalid Ibn Al-Walid tidak terlalu diagung-agungkan oleh kaum Muslimin dengan kejayaan-kejayaan yang diperolehnya.

Ada kisah yang menarik dari Khalid Ibn Al-Walid. Beliau memang sempurna di dalam bidangnya yakni merupakan ahli siasat perang, mahir segala senjata, piawai dalam berkuda, dan berkarisma di tengah para perajuritnya. Beliau juga tidak sombong dan berlapang dada walaupun beliau berada dalam populariti yang tinggi.

Hal ini terbukti saat Khalifah Umar Ibn Al-Khattab memecat sementara waktu bagi kepemimpinan Khalid Ibn Al-Walid tanpa ada kesalahan apa-apa pun. Menariknya, beliau menyudahi peperangannya dengan begitu sempurna. Bahkan beliau pernah berkata kepada penggantinya iaitu Abu Ubaidah bin Jarrah, "Saya berjuang untuk Islam, bukan kerana Umar!" Setelah berjaya, kepemimpinan beliau diserahkan kepada Abu Ubaidah bin Jarrah. 

Khalid Ibn Al-Walid termasuk dalam kalangan keluarga Nabi yang terdekat. Maimunah iaitu ibu saudara Khalid Ibn Al-Walid adalah isteri Nabi S.A.W. Dengan Umar Ibn Al-Khattab sendiri pun Khalid Ibn Al-Walid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada zaman kanak-kanaknya, kedua-dua saudara sepupu ini bermain gusti sesama mereka. Khalid Ibn Al-Walid apat mengalahkan Umar Ibn Al-Khattab.

Awalnya Khalid Ibn Al-Walid adalah panglima perang bagi kaum kafir Quraisy yang terkenal dengan pasukan berkuda. Pada masa Perang Uhud, Khalid Ibn Al-Walid ada ternampak kelemahan pasukan Muslimin pada ketika itu sedang mengambil harta rampasan perang, maka dengan lantas beliau turun dari Bukit Uhud, dan terus menyerang pasukan Muslimin pada saat itu. Namun begitu, setelah peperangan tersebut berakhir, Khalid Ibn Al-Walid memeluk Islam.

Ayah Khalid Ibn Al-Walid, Walid Ibn Al-Mughirah dari Bani Makhzum adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy. Dia seorang yang kaya raya. Dia menghormati Ka'bah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dalam dua tahun, dialah yang menyediakan kain penutup Ka'bah. Pada masa ibadah haji, dia memberi makan kepada semua orang yang datang berkumpul di Mina'.

Suku Bani Makhzum mempunyai tugas-tugas penting. Jika terjadi peperangan, merekalah yang menguruskan gudang senjata dan tenaga tempur. Suku inilah yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi perajurit-perajurit. 

Ketika Khalid Ibn Al-Walid memeluk agama Islam, Rasulullah S.A.W sangat bahagia, kerana Khalid mempunyai kemampuan berperang yang dapat membela panji-panji Islam dan menegakkan kalimah Allah dengan perjuangan jihad fisabilillah. Dalam kebanyakan peristiwa perang, Khalid diangkat menjadi panglima perang dan menunjukkan hasil kemenangan atas segala upaya jihadnya. 

Wallahua'lam. Sumber dari Hafidz Muftisany.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger