Searching...

Manusia Diciptakan Untuk Selama-lamanya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Umar Ibnu Abdul Aziz adalah seorang khalifah Bani 'Umaiyah yang pernah berkata, "Manusia diciptakan untuk selama-lamanya." Mengapa Umar berkata begitu? Ini kerana apabila manusia telah diciptakan buat kali pertama, dirinya akan terus 'hidup' dan mengembara dari satu alam ke satu alam yang lain. Kembara ini hanya akan berakhir sama ada di syurga ataupun di neraka. Diperhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan dilimpahi nikmat atau mendapat azab buat selama-lamanya.

"Sebelum tiba di titik yang terakhir, manusia akan terus mengembara."

Adakalanya bersama jasad, ada masanya cuma dengan roh sahaja. Setiap alam yang dilaluinya adalah berbeza daripada alam sebelumnya. Kembara itu adalah satu perjalanan yang panjang. Perjalanan tersebut penuh ujian, cabaran dan dugaan. Perbezaan alam itu menuntut peranan dan respon yang berbeza-beza pula. Apakah alam-alam itu? Saya ada mengatakan bahawa saya hendak berkongsi langkah-langkah untuk mencapai kesedaran dalam entri lepas yang bertajuk, [Melihat Kehidupan Kita Dari Kaca Mata Sang Pencipta]. Oleh itu, bermula dengan tajuk di atas, satu persatu saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk mencapai kesedaran selagi kita masih bernafas di dunia ini. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger