Searching...

Media Mesir Pro Tentera Sekular Ini Bertindak Lebih Sudu Daripada Kuah!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Media Mesir pro tentera sekular ini bertindak lebih sudu daripada kuah! Tentera sekular tidak melebih-lebih, tetapi mereka yang mempunyai kuasa penyebaran maklumat dengan tidak segan silunya bertindak dengan mengugut rakyat-rakyat Syria yang menetap di Mesir. Inilah yang dikatakan pengecut! Musuh-musuh Islam ini yakni pihak media tersebut menjadi semakin berani apabila mereka mempunyai sokongan kuat daripada pihak tentera sekular. Cubalah mereka bertindak seorang diri, sudah lama pejabat beritanya kena bakar! Dan pemberita-pemberita yang terlibat pula akan diugut bunuh oleh rakyat-rakyat Mesir!

Menurut salah satu saluran media di Mesir yang anti kepada Presiden Muhammad Mursi dan pro tentera sekular, mereka telah menunjukkan seorang pemberita dalam kalangan mereka dengan berlagak seperti hero filem iaitu dengan memberikan amaran keras melalui berita yang diudarakan ke TV untuk semua rakyat Syria yang kini menetap di Mesir .

Dalam berita tersebut, pemberita tersebut telah memberi amaran kepada rakyat Syria di Mesir dengan berkata :

"Orang-orang Mesir mempunyai semua alamat rakyat Syria yang kini tinggal di Mesir, terutama yang menetap di New Damietta, bandar Alsdad dan bandar 6 Oktober."

Sambungnya lagi, "Rakyat Mesir memberi amaran kepada anda (rakyat Syria) dalam masa hanya 24 jam untuk keluar. Jika anda (rakyat Syria) berhubung atau duduk atau bercakap dengan saudara-saudara muslim Mesir (penyokong Mursi), mereka tidak segan-segan akan memusnahkan rumah-rumah rakyat Syria. 

Pemberita itu menambah, "Rakyat Mesir memberi amaran yang serius kepada anda. Rakyat Mesir tidak menerima anda (rakyat Syria) dan mana-mana perisik di Mesir."

Semoga Allah melindungi saudara-saudara Syria kita yang menetap di Mesir.

Rujuk klip video berkenaan:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger