Searching...

Mujahidin Syria Berjaya Menyerang Tentera Israel Buat Pertama Kalinya Dalam Sejarah!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pernahkah rejim Basyar Assad menyerang Israel untuk sekali sahaja? Tidak! Mereka tidak pernah! Bahkan dua, tiga atau beberapa kali pun tidak pernah!

Israel telah menyerang Syria sebanyak tiga kali pada tahun ini! Rejim Assad takut akan Israel! Mereka pengecut! Bahkan mereka mengambil keputusan untuk membunuh golongan-golongan yang paling lemah di Syria yakni golongan kanak-kanak dan wanita-wanita Syria. 

Kesimpulannya jika Mujahidin Syria memenangi pertempuran dengan menentang Basyar Assad, maka mereka (Mujahidin Syria) juga turut memenangi pertempuran menentang Israel kerana Basyar Assad dan Israel adalah rakan kongsi dalam memerangi Islam. Cuma tahap Basyar Assad adalah orang suruhan puak-puak Zionis.

Dunia tidak menyokong Mujahidin Syria kerana dunia tidak nampak dengan jelas akan kemampuan dan keupayaan mereka (Mujahidin Syria) dengan begitu beraninya mereka menyerang Israel. Berikut saya lampirkan bukti menerusi berita bahawa tentera Israel terkena serangan oleh Mujahidin Syria buat pertama kalinya dalam sejarah! Sumber berita saya dapat menerusi portal berita Al-Jazeera dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu agar mudah difahami. Silakan membaca:

Gambar di atas menunjukkan kawasan Bukit Golan terkena serangan peluru mortar.

Seorang jurucakap tentera Israel mengumumkan bahawa satu unit tentera Israel bertempur dengan lawan mereka yakni tentera (mujahidin) di Selatan Syria bertempat di Bukit Golan, Syria pada malam Selasa, tanpa merujuk kepada kematian atau kecederaan.

Israel menjelaskan bahawa tenteranya telah terdedah kepada serangan letupan di Bukit Golan, dan tentera Israel menjawab terhadap punca serangan letupan itu dan mereka melakukan operasi "menyikat" di rantau itu. Israel mungkin menjadi punca daripada serangan tentera bagi pihak bersenjata pembangkang Syria (mujahidin).

Bagi sebahagiannya, menurut akhbar Israel, "Yedioth Ahronoth" di laman webnya; "Ia adalah satu unit tentera Israel rondaan rutin dengan melihat orang 'suspek' yang terletak di selatan Bukit Golan, timur dari pagar sempadan."

Beliau menambah lagi, "Suspek-suspek tersebut ternyata merupakan lelaki bersenjata bagi pihak pembangkang Syria." Dengan melepaskan tembakan ke atas unit tentera Israel, yang menjadi jawapan terhadap punca daripada serangan tersebut.

Mortar begitu penting untuk kawasan yang bersebelahan dengan garis gencatan senjata antara Israel dan Syria sebagai saksi terhadap pertempuran di antara tentera Syria dengan unsur-unsur pihak pembangkang bersenjata Syria.

Dan terdedah kepada tentera Israel yang menduduki Bukit Golan sejak beberapa bulan yang lalu, terkena serangan dari belah Syria.

Golan diperhatikan sejak tempoh pertempuran antara tentera Syria dan pihak pembangkang bersenjata. (Reuters)

Tentera Israel juga mengumumkan semalam bahawa beberapa peluru dilancarkan dari Syria dalam pertempuran antara tentera biasa dengan mujahidin bagi pihak pembangkang Syria mendarat di Golan di kawasan yang diduduki Israel tanpa menyebabkan kecederaan.

Beliau menambah lagi mengenai insiden beberapa peluru dilancarkan, "Sebenarnya dikaitkan dengan situasi dalaman di Syria dan Israel dijadikan sasaran."

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon berkata, peluru mortar dari luar mendarat dalam beberapa hari lepas, "baru-baru ini" di kawasan pendudukan Bukit Golan sebagai jawapan terhadap Israel, untuk menekankan agar tidak campur tangan dalam perang Israel di dalam bulatan Syria.

Di New York aduan Israel difailkan menerusi Majlis Keselamatan PBB, di mana beliau dipanggil oleh wakil Israel dalam Bangsa-Bangsa Bersatu, Ron Prosor untuk mengutuk penembakan dari belah Syria, dengan menyifatkannya sebagai "pelanggaran terang-terangan" perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani antara Syria dan Israel pada tahun 1974.

Israel menduduki Bukit Golan sejak tahun 1967, yang dianggarkan sehingga 1,200 kilometer persegi kawasan tersebut.

Wallahua'lam. Sumber dari Al-Jazeera.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger