Searching...

Pakar Israel dan Amerika Konsepkan Perang Masa Depan Tanpa Korbankan Satu Nyawa Tentera Mereka

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Penyelenggara seminar (conference) dengan tema, 'Perang Hari Esok' telah mengumpulkan lima ahli iaitu dua dari tentera Israel, seorang dari pakar nuklear Israel, dan dua orang professor dari Amerika untuk berkongsi idea dan fikiran berkenaan dengan perang masa depan .

"Apa yang mungkin kita dapat lihat (perang masa depan) adalah seperti rekaan semata-mata (fiction)," Ujar Yair Cohen, mantan komandan Persatuan 8200, Pusat Tentera Intel dan Unit Siber ​​Angkatan Pertahanan Israel, yang membuka sesi.

"Kita hidup di dunia ini, di mana 500 juta serangan siber terjadi dalam sela masa satu saat, dengan banyak hal yang strategik dan pandangan politik untuk dipertimbangkan."

Yair Cohen juga menuntut, "Jika peristiwa 'Perang Enam Hari' pada tahun 1967 itu perlu dimainkan lagi pada hari ini, maka pada masa itu akan terjadinya situasi yang sungguh luar biasa daripada 'sekadar' kemusnahan seluruh angkatan udara Mesir dalam masa tiga jam oleh jet Israel."

"Kita boleh menganggap hari ini bahawa senjata perang siber akan mengambil alih, dan peristiwa yang sama akan menjadi termasyhur tanpa melihat satu jet Israel pun dikirimkan pada misi dan tanpa ada risiko satu nyawa pun dari tentera Israel," katanya.

Daniel Gold iaitu Ketua Jawatankuasa Nasional Israel untuk Komersial Siber dalam pembangunan R&D yang paling terkenal memainkan peranan utama dalam mencipta dan mengelola sistem pertahanan peluru berpandu, 'Iron Dome', dengan menunjukkan klip video pendek yang menggambarkan senjata automatik tanpa pemandu, seperti kenderaan Robotik yang menjadi peronda di sempadan Gaza, kapal robot yang dilengkapi dengan sistem penglihatan pada waktu malam yang menghampiri kapal musuh di laut, dan ular robotik merayap ke markas musuh lalu mengirimkan maklumat berupa gambar dari markas musuh tersebut.

Sehubungan dengan masalah nuklear, Lewi tidak mengharapkan terjadinya perang nuklear, tapi ini tidak bermakna bahawa kekuatan nuklear akan dihentikan. "Dalam masa terdekat, semua negara akan menggunakan 'drone', tidak hanya di Amerika dan Israel," katanya. Dan kerana itulah akan menjadikan kita lebih bijaksana untuk segera mendapatkan 'standard' tertentu bersama, berkenaan dengan bagaimana 'drone' ini digunakan.

Kesimpulannya, Amerika dan Israel sedang berkomplot untuk mengkomersialkan penggunaan 'drone' robotik mereka sebagai pengganti kepada tentera mereka bagi mempersiapkan perang masa depan yang akan berlaku tidak lama lagi. Namun kita sebagai umat Islam bak kata pepatah, 'seperti buih di lautan', masih lagi tidak mahu bersatu buat masa sekarang ini sehingga kita diberi kesedaran yang kita tidak pernah jangkakan pada masa depan kelak. Kita masih lagi mengejar keduniaan, tetapi kita tidak pernah terfikir untuk mempersiapkan diri dari segi kemajuan diri dan juga memberi sumbangan jihad kepada mereka yang sedang bertempur di bumi Syria, agar tentera kuffar dapat segera ditewaskan. Oleh yang demikian, kita sebenarnya mampu dan bukan alasan untuk kita melengahkan sesuatu perkara penting agar kita tidak dikategorkan sebagai ummah ketinggalan zaman.

Wallahua'lam. Sumber dari Global Muslim.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger