Searching...

Perbezaan Antara Ciri-ciri Imam Mahdi Ahlus Sunnah Dan Syiah yang Mungkin Anda Belum Ketahui

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seperti yang telah kita ketahui, sebenarnya Mahdi ala Syiah hanyalah khurafat semata-mata yang tiada nyatanya. Sehinggakan perbandingan yang hendak didedahkan di sini adalah perbandingan antara ciri-ciri Imam Mahdi nyata yang tergolong dari ajaran Ahlus Sunnah Waal Jamaah dan Imam Mahdi rekaan yang diyakini oleh puak-puak Syiah:
  1. • Mahdi Ahlus Sunnah bernama Muhammad bin Abdillah sesuai dengan nama Nabi dan nasabnya. Sedangkan Mahdi Syiah, namanya Muhammad bin Hassan Al-Askari.
  2. • Mahdi Ahlus Sunnah dari keturunan Al-Hasan bin Ali. Sedangkan Mahdi Syiah dari keturunan Al-Husain bin Ali.
  3. • Mahdi Ahlus Sunnah kelahiran dan kehidupannya adalah sama seperti kehidupan manusia yang lain (normal). Sedangkan Mahdi Syiah dikandung dan dilahirkan dalam waktu semalam, lalu masuk sirdab pada umur 9 tahun, sementara telah berlalu di dalamnya waktu sepanjang 1,150 tahun lebih.
  4. • Mahdi Ahlus Sunnah muncul untuk menolong kaum muslimin secara umum, tanpa membezakan antara yang lain. Sedangkan Mahdi Syiah hanya untuk Syiah Rafidhah, bahkan sangat membenci kepada bangsa Arab, lebih-lebih lagi bangsa Quraisy.
  5. • Mahdi Ahlus Sunnah mencintai para sahabat dan wanita-wanita kaum mukminin (isteri-isteri Nabi). Sementara Mahdi Syiah sangat membenci mereka, bahkan ingin menyeksa mereka setelah mengeluarkan mereka dari kubur mereka.
  6. • Mahdi Ahlus Sunnah mengamalkan Sunnah Nabi dan membasmi bid'ah. Sementara Mahdi Syiah mengajak kepada agama yang baru dan kitab yang baru.
  7. • Mahdi Ahlus Sunnah memakmurkan masjid. Sementara Mahdi Syiah menghancurkan masjid. Ia ingin menghancurkan Masjidil Haram Ka'bah, masjid Nabawi, dan seluruh masjid.
  8. • Mahdi Ahlus Sunnah berhukum dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Sedangkan Mahdi Syiah berhukum dengan hukum keluarga Dawud.
  9. • Mahdi Ahlus Sunnah muncul dari negeri timur. Sementara Mahdi Syiah muncul dari sirdab Samarra'.
  10. • Mahdi Ahlus Sunnah betul-betul wujud, seperti yang terdapat dalam hadis dan penjelasan para ulama'. Sementara Mahdi Syiah hanyalah khayalan semata-mata dan tidak akan muncul sampai bila-bila pun. (diringkaskan dari kitab Badzlul Majhud karya Asy-Syaikh Abdullah Al-Jumaili, 1/255-257).
  11. • Mahdi Ahlus Sunnah datang membawa keadilan, kedamaian dan menegakkan kalimah Allah S.W.T di muka bumi sebelum datang Hari Qiamat. Sementara Mahdi Syiah datang membawa malapetaka dan kehancuran yang sedang diperkatakan oleh kebanyakan orang sehingga ke hari ini yakni Dajjal.

Dalil Hadis berkenaan dengan kemunculan Imam Mahdi:

 عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الْأَنْفِ 

يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ 

Abu Sa'id al-Khudriy r.a berkata: Bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Imam Mahdi dari keluargaku, lebar dahinya, mancung hidungnya, pada masanya di dunia penuh keadilan dan kedamaian serta kejujuran, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan, ia akan menjadi khalifah dimuka bumi selama tujuh tahun." [HR. Abu Dawud, Kitab al-Fitan wal-Malahim].

Sumber dari Al-Ustadz Qomar.

Mari dengar Ceramah Agama Tentang Masa Depan Islam di India, Pakistan Dan Bangladesh:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger